Zaman sekarang ni macam-macam benda yang boleh kita buat untuk menjana pendapatan sama ada mencari kerja separuh masa ataupun membuat bisnes kecil-kecilan. Asalkan datang daripada rezeki yang halal. Betul tak?
Selain daripada itu juga, menjadi seorang figura awam atau influencer juga kini mampu menjana pendapatan dengan hanya memikirkan konten apa yang ingin dilakukan dan juga cara kreatif anda dalam berkongsi kepada media sosial. Tak kisahlah pelik ke tak asalkan tarik perhatian orang!
Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang bertindak melakukan sesuatu yang boleh dikatakan pelik sehingga mendapat perhatian netizen dan juga media antarabangsa
Lelaki jana pendapatan dengan hanya berkaki ayam selama setahun
Seorang lelaki yang berasal dari Cambridge telah membuang semua kasutnya dan berkata dia merancang untuk “berkaki ayam sehingga hari saya mati”.
Menurut media antarabangsa, lelaki berusia 20 tahun itu telah menjadi sensasi TikTok dan bermimpi untuk menjadi jutawan dengan menjual gambar kakinya di OnlyFans.
George Woodville, 20, dari Cambridge berkata dia berasa bebas apabila dia mula-mula menanggalkan kasutnya dan membuang setiap pasang kasut yang dimilikinya selepas bercuti bersama keluarga di Plymouth Oktober lalu.
George merancang untuk berkaki ayam seumur hidup dan setakat ini dia tidak memakai kasut selama lebih 10 bulan sepanjang menjalani kehidupan seharian seperti pergi ke bar, restoran, pasar raya dan juga kelab malam.
Tuah ayam di ‘kaki’
Dalam tak sedar dengan tindakan uniknya itu, dia telah mendapat perhatian netizen dimana dia secara tidak langsung memperoleh lebih daripada 50 juta tontonan dan 300 ribu pengikut di TikTok sejak Mei 2022.
Difahamkan jumlah tersebut berlaku selepas dia menyiarkan kakinya di media sosial. Kebanyakan konten dilakukan adalah dengan mewawancara orang secara rawak dan bertanyakan pendapat mengenai gaya hidupnya yang baru.
@georgewoodville
George turut dikatakan telah memulakan akaun OnlyFans pada bulan Jun yang lalu selepas sesudah menerima banyak mesej yang meminta ‘gambar kakinya’ justeru terus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utamanya.
“Ia sangat menakjubkan bila fikir kaki saya mampu membayar segala bil dan keperluan diri saya. Saya harap saya boleh jadi jutawan.”
Pada awalnya, George hanya meraih $100 (RM500) pada bulan yang pertama melalui OnlyFans tetapi dikatakan telah meningkat dari bulan ke bulan selepas mendapat permintaan yang hangat. Buat sekarang ini, dia telah memuat naik 50 gambar kakinya kepada semua pelanggannya di laman web tersebut.
Alamak mesti syahdu bau kaki dia tu!
Baca: Tolong Pakaikan Semula Kaki Palsu Yang Terjatuh, Tindakan Pemandu Lori Ini Dapat Pujian Netizen