in

Tolong Pakaikan Semula Kaki Palsu Yang Terjatuh, Tindakan Pemandu Lori Ini Dapat Pujian Netizen

3Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika memandu atau menunggang motosikal, tumpuan harus diberikan kepada pemanduan dan keadaan sekeliling. Selain menjadi pengguna jalan yang berhemah, kita juga perlu menjadi pengguna yang prihatin.


Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemandu lori yang sanggup memberhentikan kenderaannya untuk membantu seorang penunggang motosikal yang kaki palsunya terjatuh di jalan raya.

Tindakan pemandu lori itu telah mendapat pujian ramai netizen. Korang boleh tengok video Inforoadblock kat bawah ni.

Terima kasih bro baju merah tolong ambil dan pulangkan "kaki" yg terjatuh kepada pemilikya..?Econsave Raja Uda Butterworth Penang Sumber ? – Nicky Tsuragi

Posted by Inforoadblock on Wednesday, September 21, 2022

 

Cepat bertindak

Pemandu lori tersebut memang betul-betul peka dengan keadaan sekeliling kerana dia dilihat cepat bertindak dan sanggup keluar dari lorinya untuk kutip dan tolong pakaikan semula kaki palsu tu.

Screenshot 2022 09 24 At 1.47.02 Pm

Agaknya kenderaan lain pun sempat je brek sebab jalan tu macam sempit je. Nak bawak laju-laju pegi mana kan. 

Screenshot 2022 09 24 At 1.47.33 Pm

Nasib baik ada driver lori tu. Kalau tak, tak tahu lah macam mana penunggang motosikal tu nak turun motosikal dan kutip balik kaki palsu dia. 

Screenshot 2022 09 24 At 1.47.18 Pm

Terima kasih kepada driver lori tu. Tindakan pantas darinya dapat membantu penunggang motosikal terbabit dan trafik juga kembali lancar. 

Baca: “Menyusahkan orang lain” – [VIDEO] Nak Potong Barisan Punya Pasal, Lori Tersangkut Kabel Sampai Tiang Elektrik Tumbang

Screenshot 2022 09 24 At 2.07.41 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.