in

Bukan Semua Sekolah Dibuka 3 Oktober Ini, Dilakukan Secara Berperingkat – KPM

Sekolah Dibuka Secara Peringkat Ikut Ppn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa keputusan untuk murid bersekolah semula di seluruh negara dilakukan secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut FMT, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sekiranya negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN, maka semua sekolah yang terletak di negeri berkenaan tidak akan dibuka.


Beliau berkata sedemikian melalui video penjelasan pengoperasian sekolah di Facebook malam tadi selepas KPM mendapati masih ada yang salah anggap dan menyangka semua sekolah di seluruh negara akan dibuka, 3 Oktober depan.

Pada maklum balas yang kami lihat secara langsung atau pun melalui media termasuklah media sosial, kita dapati ada yang masih menganggap seolah-olah pada 3 Okt ini, semua sekolah di seluruh negara akan dibuka.”

Radzi Jidin

Mengulas lanjut, Radzi turut berkata, negeri yang berada di Fasa Dua PPN pula, pembukaan sekolah hanya melibatkan:

Sekolah Rendah:

  • Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
  • Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Sekolah Menengah

  • Pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua yang akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober

Murid Masuk Sekolah

Untuk negeri di bawah Fasa Tiga PPN, selain daripada MBK di SKPK dan PPKI, kita akan masukkan (melibatkan) murid prasekolah, pelajar Tingkatan Lima dan juga pelajar STPM lain.”

Manakala untuk negeri di bawah Fasa Empat PPN – dua minggu pertama bermula daripada 3-17 Okt, mereka yang berada di sekolah adalah sama seperti di Fasa Tiga, sebelum kita memperluaskannya kepada murid Tahun Satu, Dua dan Tiga bermula 17-31 Okt, diikuti murid Tahun Empat, Lima dan Enam (di akhir Oktober).”

Bagi pengoperasian sekolah menengah di fasa itu pula, sesi pembelajaran akan dimulakan oleh pelajar Tingkatan Lima dan Enam iaitu dari 3-17 Okt dan selepas itu, disusuli secara berperingkat oleh pelajar tingkatan tiga, empat, satu dan dua, lapor MalaysiaGazette.

Pembukaan sekolah secara berperingkat dengan kapasiti hanya 50 peratus dalam kelas ini adalah untuk memastikan murid dan pelajar sekolah dapat terus rapat dengan sekolah serta dapat hadir dalam keadaan yang selamat

Baca: Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Dibuat Serentak Dengan Pembukaan Sekolah – KJ

Vaksin Remaja Dan Sekolah Dibuat Serentak

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.