Dalam pergolakan rumah tangga yang sedang hangat dibincangkan, bintang Harimau Malaya, Faisal hasil masih memendam rasa sayang terhadap isterinya dan berharap agar ikatakan perkahwinan mereka dapat diselamatkan biarpun kini sudah ke ‘hujung tanduk’.
Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan bahawa Faisal yang lebih dikenali sebagai Mickey terpaksa meneruskan proses tersebut selepas isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, memfailkan penceraian ke mahkamah.
Artikel berkaitan : Mental Faisal Halim Tak Terganggu, Kekal Fokus Dalam Bola Sepak – Pengurus Harimau Malaya
Artikel berkaitan : Nama Tersenarai Dalam Mahkamah Syariah, Isteri Faisal Halim Tuntut Cerai?
Masih sayang
Selain itu, Datuk Akberdin menegaskan bahawa pergolakan rumah tangga anak guamnya itu sama sekali tiada kaitan dengan populariti mahukan kesibukannya sebagai pemain bola sepak.
“Faisal masih sayangkan isteri dan rumah tangganya. Jika diikutkan, bukan Faisal mahu lafazkan cerai namun bila isterinya failkan kes ke mahkamah terpaksalah Faisal selesaikannya mengikut saluran terbabit.
“Difahamkan, Faisal pernah melafazkan ceraikan pada 15 Jun dan rujuk semula sehari kemudian.Kita perlu selesaikan perkara itu (lafaz talak luar mahkamah) sebelum beralih ke kes terbaharu yang difailkan isterinya.”
Tegasnya lagu, populariti Faisal seharusnya menjadi kebanggaan, lebih-lebih lagi Faisal kini sedang berada di kemuncak prestasi bersama Selangor FC dan Harimau Malaya.
“Bukan disebabkan populariti atau kesibukan sebagai pemain bola menyebabkan rumah tangga Faisal bergolak kerana sebagai isteri mesti suka apabila suaminya popular.”
“Seperti yang difailkan oleh isterinya adalah disebabkan tiada persefahaman antara mereka menyebabkan kes difailkan ke mahkamah.”
Sabagi rujukan, Faisal telah berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki.
Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Klang kelmarin menyaksikan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim menetapkan 16 Oktober ini untuk sebutan semula kes berkenaan.
Sumber : Harian Metro