in

“Bukan berlagak alim” – Alif Satar Elak Ambil ‘Job’ Yang Ada Babak Intim Dengan Pelakon Wanita

Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alif Satar pernah menjadi artis kegilaan ramai orang di Malaysia dimana penampilan dan rupa wajahnya yang menarik serta keperibadiannya yang sangat disenangi ramai peminat.


Pernah mencetus fenomena dengan lagu Lelaki Seperti Aku suatu ketika dahulu,  Aliff Satar masih kekal relevan dan diterima oleh banyak produksi dan pengarah untuk menjadi seorang pelakon mahupun penyanyi.

Alif Satar elak lakonkan adegan intim

Baru-baru ini, Alif Satar mengakui dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri iaitu mengelak daripada terjebak adegan intim dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama mahupun filem lakonannya.

Menurut Kosmo, dia mengambil pendekatan tersebut bukan kerana mahu ‘berlagak alim’ tetapi sebagai menghormati statusnya sebagai seorang suami, bapa dan yang paling penting sebagai umat Islam.

“Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim.”

Hm121Satar 1606185853

Hanya melakukan perkara simbolik sahaja

Menurutnya juga, dia hanya akan melakukan perkara simbolik sahaja sekiranya memerlukan lakonan babak sedemikian, sekadar untuk memberi kefahaman kepada penonton.

“Memang saya akui sangat mencabar berlakon babak mesra dengan pelakon wanita dan hari ini, jika saya nak pegang tangan pun memang berlapik, itupun waktu yang memang memerlukan sahaja. Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.”

1283590 H 128F1E6B4Afa

Kata Alif Satar juga, prinsip yang dipegang olehnya juga turut dipengaruhi pandangan masyarakat lebih-lebih lagi penonton drama Melayu yang sekian lama semakin sedar dan bijak berkaitan dengan hukum-hakam agama.

“Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya.”

Sedar terhadap kesan adegan tersebut

Alif Satar turut mengatakan bahawa dia sedar kesan yang harus dihadapi sekiranya melakonkan babak intim tersebut dan sentiasa berbincang dengan pelakon lain terlebih dulu tentang cara untuk menjayakan babak tersebut tanpa sentuhan tangan antara dua jantina sebagai contoh.

“Apapun, setiap pelakon mempunyai cara tersendiri dan ikutlah keselesaaan masing masing. Saya pun tak mahu ulas panjang mengenai hal ini.”

Sinopsis Drama Pia Tv3 Zara Zya Alif Satar

Sebelum ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai beberapa selebriti yang dikatakan melakukan babak intim seperti berpelukan di dalam drama Melayu yang mengundang pelbagai reaksi netizen. Antara yang terkait termasuklah Emma Maembong, Aliff Aziz dan Zul Ariffin.

Wah bagus juga cara pendekatan Aliff Satar ni! Apa pendapat korang?

Baca: “Best gak doh” – [VIDEO] Ramai Terhibur Alif Satar Tengok Balik ‘Performance’ Big Stage

Screenshot 2022 08 17 At 3.52.58 Pm

 

 

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.