in

“Best gak doh” – [VIDEO] Ramai Terhibur Alif Satar Tengok Balik ‘Performance’ Big Stage

Page Alif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Ahad lepas memang kecoh lah pasal program Big Stage sampai trending kat semua platform media sosial. Mana taknya, penyanyi-penyanyi semua pun boleh tahan power! DSV pulak jadi Presiden Netizen haa…


Tak cukup dengan tu, peminat-peminat dikejutkan pula dengan kemunculan usahawan Iqbal Zulkifli atau nama sebenarnya, Ahmad Iqbal Bin Zulkifli sebagai peserta ke-12 program tersebut.

Persembahannya itu ternyata menjadi buah mulut orang ramai malah dari kalangan-kalangan selebriti tanah air. Tidak ketinggalan dengan itu, pengacara program tersebut iaitu Alif Satar telah memuatnaik satu video TikTok di akaunnya @itsalifsatar.

@itsalifsatar

layan Shroom sambil tengok repeat Big Stage.. best gak doh.

♬ Biarlah Bulan Bicara – Broery Marantika

“Layan Shroom sambil tengok repeat Big Stage… Best gak doh” – Kapsyen TikTok

“Alif tuju kat siapa tuuu?”

Menerusi video itu, Alif dengan bersahaja menikmati snek sambil menonton semula ulang tayang persembahan di Big Stage dengan berlatar belakangkan lagu Biarlah Bulan Bicara Sendiri nyanyian Broery Marantika.

Walau bagaimanapun, perkongsian dari Alif itu telah menyebabkan ramai yang terhibur kerana Alif selaku pengacara  pun ‘join’ dengan isu yang tengah hangat sekarang siap ada yang buat-buat tak tahu untuk siapa video tu ditujukan. Wah, wah korang! Saje je eh! Hahaha…

Tiktok Full 2

Tak apa lah… Mungkin ‘si dia’ akan gunakan peluang ni untuk memperbaiki dirinya. Mana tahu, makin improve kan? Tapi min memang tak boleh lupa reaction TokTi haritu. Hahaha!

Baca: “Dia bukan tak ada vokal langsung” –  Pihak Produksi Respon Isu Iqbal Sertai Big Stage

Untitled 2 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.