in

“Bujang dan single”, Abang Viva Masih Solo, Jaga 2 Anak Buah Lepas Kakak Meninggal Dunia

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Abang Viva? Abang Viva atau nama sebenar beliau, Azwan Omar mula mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas beliau menyelamatkan mangsa banjir dengan hanya berbekalkan RM50 dan sebuah bot persendirian.

Fhuabknuyayruut 1

Menerusi satu temu bual bersama Azwan Omar oleh Utusan TV, pemuda ini sedikit terkejut apabila wartawan menyangka bahawa beliau sudah berkahwin apabila melihat ada dua kanak-kanak dalam gambar yang tersebar.


“Kahwin pun belum. Bujang dan single”, terang Azwan Omar kepada wartawan.

Jelas pemuda ini, dua orang kanak-kanak tersebut sebenarnya ialah anak buah, dan bukannya anak seperti yang disangka. Dua kanak-kanak tersebut dijaga oleh Azwan Omar selepas ibu mereka, yang merupakan kakaknya sudah meninggal dunia.

@utusantvofficial

Terbaik abang Viva 😍. #abgvivaviral #banjir2021 #fyp #foryou #beritaditiktok #viralnewsmalaysia

♬ Intan Payung (feat. Noraniza Idris) – Bunga

Video ini tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya kagum dengan sifat mulia Azwan Omar. Meninjau di ruangan komen, beberapa warganet turut mendoakan agar Azwan Omar dimurahkan rezeki dan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

“Dah la hero, single pulak tu…”

1 16

“Lepas ni market bro dah naik”

2 14

“Saya akan jadi saksi atas kebaikan Abang Viva”

3 9

“Allah angkat darjat dia…”

4 9

Semoga saudara Azwan Omar dimurahkan rezeki dan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik!

 

Kredit: Utusan TV

BACARisau Bateri Telefon Habis Atas Bot, Abang Viva Rayu Agar Warganet Tak ‘Spam’ Mesej

Curi Barang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.