in

Budak Berumur 9 Tahun Mati Selepas Sepupunya Seberat 147kg Duduk di Atasnya Sebagai Hukuman

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini masalah dera di kalangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Ini dapat dibuktikan lagi apabila tular satu berita, di mana seorang budak perempuan yang berumur 9 tahun mati selepas sepupunya yang seberat 147kg duduk di atasnya. Biar betul!


Menurut The Star, kejadian berlaku pada Sabtu lepas di Florida. Sepupunya, Veronica Green Posey yang berumur 64 tahun itu memberitahu bahawa dia duduk di atas budak perempuan itu, Dericka Lindsay,  kerana dia berkelakuan nakal. Ibu Dericka telah meminta Posey untuk bantu mendisplinkan anaknya itu kerana dia menghadapi masalah dengan anaknya.

Posey E1508515735843
sumber: the star

Menurut bapa Dericka pula, Posey telah duduk di atas anaknya selama 10 minit. Lamanyaaa! Selepas kejadian itu, Dericka mengadu yang dia tidak dapat bernafas, tetapi Posey tidak segera berdiri, malah duduk lagi selama dua minit!

Selepas Posey bangun, dia mendapati bahawa Dericka tidak lagi sedarkan diri. Sebelum itu, Posey mengaku bahawa dia telah memukul Dericka yang berat badannya hanya 33kg itu, dengan pembaris dan paip besi sebelum insiden ini berlaku. Kena pukul pulak tuu! Kemudian, Dericka berlari ke sebuah kerusi di mana Posey duduk di atasnya.

Posey 2
gambar hiasan

Apabila sedar bahawa sepupunya tidak sedarkan diri, Posey telah menghubungi 911 dan melakukan CPR terhadap Dericka. Namun, Dericka didakwa telah meninggal dunia kurang setengah jam selepas tiba di hospital kerana mengalami cardiac arrest atau jantung berhenti.

Posey didakwa dengan kesalahan membunuh tahap kedua serta mendera. Manakala ibu bapa Dericka yang turut berada di rumah semasa kejadian berlaku, didakwa dengan pengabaian anak.

Macam mana dia boleh sampai hati nak duduk atas budak kecil tu.. Banyak lagi cara nak displinkan anak-anak kan…

Baca: Hanya Kerana Enggan Minum Susu, Budak 3 Tahun Didenda Sebelum Hilang Dari Rumah

Dhoadoa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.