in

“Buat masa sekarang, tangguh” – Kabinet Putuskan Untuk Tangguh Program Subsidi Petrol Sehingga Diberitahu

Feature Image Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula Januari 2020 seiring dengan manifesto Pakatan Harapan.

Menurut portal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, program Subsidi Petrol adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.


Enbjsmcu8Aefql3
Sumber: twitter

Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).

Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Menurut Astro Awani, Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  berkata, keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu itu bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.

“Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

 

Enbm Pduuaaxjhk
Sumber: twitter

Kalau dah kena tangguh, tunggu je la sampai kerajaan umum bila PSP ni nak dimulakan semula. 
.

 

Baca: “Trend yang meragut nyawa” – Sanggup Suntik Minyak Tanah, Minyak Zaitun & Kasturi Sebab Nak Zakar Besar Dan Puas Masa Main?

Pica

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.