in

Buat Majlis Hari Jadi Masa PKP Hingga Cetus Kluster Dengan 19 Kes Positif Di Sabah

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kluster baru di Sabah telah dikenal pasti tercetus dari sebuah majlis hari jadi yang diadakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 baru-baru ini.



Menurut Bernama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, kluster yang diberi nama Serudung Baru di Tawau itu merupakan Kluster terbaru di Mukim Balung selepas majlis hari jadi diadakan di rumah kes indeks, seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun.

Dikatakan, majlis hari jadi yang mencetuskan kluster yang telah pun melaporkan sebanyak 19 kes positif ini telah dihadiri oleh ahli keluarga kes indeks pada 12 Jun lalu.

Masidi mengatakan, lelaki terbabit telah disahkan positif Covid-19 pada 16 Jun di Klinik Kesihatan Apas Balung setelah bergejala sejak sehari selepas majilis diadakan (13 Jun).

Screening Covid19 Covid19 Kampung Baru Mco Kkm 05

Susulan kes itu, saringan kontak pada 20 Jun mendapati sembilan individu dalam kalangan jemputan majlis terbabit dikesan positif.

“Setakat hari ini, sembilan lagi kes positif direkodkan menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster sebanyak 19 kes.”

Sementara itu, seorang penyelia lelaki berumur 35 tahun telah cetuskan kluster baru melibatkan jangkitan dalam kalangan kakitangan pelantar minyak di Platform FPSO KIKEH iaitu tempat kerjanya.

Masidi berkata kes indeks bagi Kluster Samedra di Kota Kinabalu itu mula bergejala sejak 12 Jun sebelum disahkan positif hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di sebuah klinik swasta.

“Turut dikesan positif ialah 24 kontak dalam kalangan rakan sekerja kes indeks, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 25 kes. Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan.”

Untuk pengetahuan korang, sejak semalam Sabah telah merekodkan sebanyak 166 kes baru menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di negeri tersebut sebanyak 67,707 dengan dua kematian dilaporkan di Tawau.

 

Baca: KKM Lapor 60 Kluster Aidilfitri & Gawai Dikesan Babitkan 3,511 Jangkitan & 20 Kematian

Screenshot 2021 06 22 At 2.58.00 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.