Tidak mahu memanjangkan kontroversi, pelakon Norman Hakim tampil memohon maaf atas salah silap kepada bekas isteri, Abby Abadi berhubung kekecohan melibatkan anak mereka, Marissa Dania.
Situasi tercetus apabila Abby menempelaknya dengan mendakwa Norman lepas tangan terhadap anak mereka tetapi dinafikan menerusi ruangan balas di sebuah hantaran di Instagram Abby.
Norman menyatakan permohonan maaf itu ditulis secara umum kerana tiada akses untuk menghubungi bekas isterinya itu.
Artikel berkaitan: “Tak perlu semua benda kena kongsi” – Abby Abadi Ditegur Norman Hakim Gara-gara Terlalu ‘Bercerita’
“Ampun maaf untuk yang kesekian kali, untuk segala kelemahan, salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.
“Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tak ada akses untuk menghubungi awak,” ujarnya.
“Dania kirim salam sayang untuk awak. Doakan yang baik-baik,” katanya.
Respon Abby
Pun begitu, Abby menerusi hantaran di Instagram Story menyindir Norman berhubung kenyataan pelakon itu memberitahu tidak mempunyai akses untuk menghubunginya.
Menganggap kenyataan tersebut sebagai melucukan, Abby membalas dengan komen sindiran apabila memberitahu dia memang sukar untuk dihubungi kerana mengalami masalah talian selepas berpindah ke Mongolia.
Pada Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Ahmad Aslam.
Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.
Sumber: Kosmo!