in

“Tak perlu semua benda kena kongsi” – Abby Abadi Ditegur Norman Hakim Gara-gara Terlalu ‘Bercerita’

Untitled Design 94

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cerita berkenaan anak bekas pasangan artis ternama, Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Marissa Dania, masih lagi menjadi bualan ramai.


Artikel berkaitan: “Kalau rasa perlukan mama, baliklah” –  Abby Abadi Hanya Mampu Doa Untuk Anak

Artikel berkaitan: “Baca dekat mana?” –  Abby Abadi Nafi Marissa Kena Buatan Orang

Pun begitu, bekas suaminya tidak begitu bersetuju dengan tindakan Abby yang dikatakan terlalu banyak berkongsi perihal keluarga di media sosial.

Teguran dibuat oleh Norman menerusi ruangan komen hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Abby antara lain meminta supaya bekas isterinya itu lebih bersikap rasional dalam berdepan isu itu.

Cats 21

“Istighfar bok (Abby)… Bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti.

Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Sudah habis sini, iftar sesama nanti sambung sembang masa iftar. Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” tulis Norman.

Pun begitu, Abby tidak bersetuju dengan komen yang ditinggalkan bekas suaminya itu, sebaliknya berkata ianya sesuatu isu yang besar dan perlu diperjelaskan dengan betul agar tiada kekeliruan.

1 7

“Ada lagi yang saya tak tulis. Awak memang sangat-sangat mengecewakan! Saya penat lama menyimpan, kesian anak-anak saya dari kecil awak buat sesuka hati awak je.

Sekarang anak-anak dah besar, jadi tak perlu berbaik pun takpe, takde beza. Selesaikan apa yang patut je, yang dah bertangguh sekian lama. Kalau tak sedia menjawab je depan Allah nanti,” balasnya.

Komen tersebut ditinggalkan dalam posting Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan di mana dia meluahkan rasa kesal apabila mendakwa perkongsiannya mengenai kahwin lari anak keduanya itu diputar belit banyak pihak.

Sumber: Instagram, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.