Beberapa minggu lepas, tular di media sosial tentang identiti pesakit 136 Covid-19 yang dikatakan telah menjadi punca jangkitan wabak itu di perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling. Kecoh betul netizen dok hentam pesakit ni kan.
Namun, kali ini, setelah lama berdiam diri, pesakit 136 yang dikenali sebagai Wan Akasha telah tampil menjelaskan hal sebenar tentang dakwaan orang ramai menerusi Twitter.
Dalam penjelasan tersebut, dia juga menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia tantrum ketika berada di hospital untuk kuarantin baru-baru ini.
Menidakkan dakwaan tentang dirinya punca jangkitan
Rata-rata pengguna Twitter menyarankan pemuda ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan penjelasannya ini.
Betul lah orang kata, kalau takde benda baik nak cakap, baik berdiam diri je kan.