in

Buat Banyak Sesi Untuk Jemaah, Pemuda Ini Kongsi SOP Solat Jumaat Di Jepun

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, kerajaan telah menetapkan Standard Operating Procedures (SOP) untuk solat Jumaat di negara ini semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Setiap masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah dibenarkan untuk menjalankan solat Jumaat dengan syarat jumlah jemaah adalah separuh daripada kapasiti sebenar. Jarak fizikal pula ditetapkan sejauh 1.5 meter.

Bagaimanapun, situasi solat Jumaat di negara Jepun adalah berbeza jika mahu dibandingkan dengan Malaysia. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh rakyat Malaysia yang menetap di sana dalam Facebook.

Berikut adalah hantaran yang dimuat naik:

Idea Solat Jumaat di JepunAlhamdulillah dapat cuti lagi untuk menunaikan solat Jumaat.Kes COVID dah tak larat nak…

Posted by アハマド サブリ on Friday, January 29, 2021

Masjid di Jepun buat dua sesi

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Abam Sabu, kes jangkitan Covid-19 di Jepun semakin hari semakin meningkat. Namun, keadaan di sana terkawal dan rakyat mereka seolah-olah tidak mengendahkan isu ini.

Malah, mereka masih datang ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak dengan memakai topeng muka dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

5

Menyentuh isu solat Jumaat, lelaki ini menjelaskan masjid-masjid di Jepun mengambil inisiatif lain untuk menunaikan kewajipan umat Islam semasa pandemik berlaku.

Jelasnya, solat Jumaat di sana dilakukan dalam dua sesi dalam masa sehari. Bagi mereka yang solat Jumaat pada waktu rehat tengah hari, jemaah boleh datang pada waktu biasa iaitu pukul 12:40 p.m.

Manakala buat mereka yang berniaga atau mempunyai masa yang lebih flexible disarankan untuk datang solat semasa sesi kedua iaitu pada pukul 1.30 p.m.

4 1

Dengan cara ini, lebih ramai jemaah yang dapat menunaikan solat Jumaat tanpa perlu melanggar SOP dan membahayakan nyawa sendiri. Jarak di antara jemaah juga terjaga dengan menggunakan pita pelekat sebagai ukuran.

3 2

Mungkin boleh diaplikasikan di Malaysia?

Sambung lelaki ini, negara Malaysia mungkin boleh menggunakan kaedah ini memandangkan kes harian agak banyak yang dilaporkan.

Jelasnya, saiz dan kapasiti Masjid Hamamatsu adalah kecil jika mahu dibandingkan dengan masjid-masjid di Malaysia, namun masih berusaha untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

2 2

Berikut adalah cadangan sesi solat Jumaat yang diberikan untuk masjid-masjid di Malaysia. Setiap sesi akan mempunyai jarak selama 45 minit.

– Jemaah pertama : Pukul 2:00 petang
– Jemaah kedua : Pukul 2:45 petang
– Jemaah ketiga : Pukul 3:30 petang
– Jemaah keempat : Pukul 4:15 petang

Boleh ke buat jika mazhab berbeza?

Lelaki ini turut menjelaskan tentang perbezaan mazhab selepas diajukan soalan oleh netizen.

“Betul.. lain sikit mazhab, tapi rasanya boleh pertimbangkan untuk masa darurat ini”

Jelasnya, mungkin idea ini boleh dipertimbangkan semasa darurat meskipun dengan mazhab yang berbeza. Khutbah pula boleh diguna pakai semula memandangkan jemaah yang hadir adalah berbeza.

“Khutbah pula pakai je khutbah sama. Jemaah yang dengar tu jemaah lain-lain”

1 1

Apa pendapat anda tentang pendapat Abam Sabu ni?

 

Sumber: Ahmad Sabri

 

BACA“Ada yang sengaja tinggal solat Jumaat dgn alasan Covid-19” – Syed Ali Minta Pihak Berkuasa Fikir Tempoh Sampai Bila Masjid Dibiarkan Kosong

Sss

Sumber: Ahmad Sabri
Sumber: Ahmad Sabri
Sumber: Ahmad Sabri
Sumber: Ahmad Sabri
Sumber: Ahmad Sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.