fbpx
in

“Ada yang sengaja tinggal solat Jumaat dgn alasan Covid-19” – Syed Ali Minta Pihak Berkuasa Fikir Tempoh Sampai Bila Masjid Dibiarkan Kosong

Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee meminta agar para agamawan dan pihak berkuasa untuk menilai dan memikirkan semula tempoh berapa lama lagi masjid dibiarkan kosong dengan jemaah yang terhad dan kuliah-kuliah agama dihentikan.

Baginya, ia penting kerana ramai umat Islam kecewa dengan pelbagai sekatan dikenakan terhadap mereka terutama untuk menunaikan solat Jumaat.


Menurutnya lagi, beliau terkilan kerana jumlah jemaah yang begitu terhad itu seperti rumah ibadat bahaya untuk dikunjungi.

 

Saya bimbang, apabila jumlah kehadiran jemaah yang disekat dengan bilangan tertentu akan menyebabkan tercetus fenomena baharu di mana ada yang akan sengaja meninggalkan solat Jumaat dengan alasan COVID-19.”

Srisendayan1 1586821898

Baginya, masjid dan surau akan terbiar sepi tanpa sebarang aktiviti keaagamaan jika gejala ini berterusan dan ia disifatkan menjadi satu kezaliman baharu masyarakat.

Oleh sebab itu, beiau mencadangkan agar rumah-rumah ibadat patut dibuka tanpa mengehadkan bilangan jemaah dengan syarat pematuhan SOP diperketatkan, seperti dilakukan di tempat awam seperti pasa raya dan sebagainya.

“Penularan pandemik COVID-19 sudah setahun lebih berlaku di negara ini dan adalah mustahil kerajaan masih lagi tidak ada pengalaman untuk menguruskan wabak tersebut.”
“Setahun lebih bukan jangka masa yang singkat dan banyak negara jiran dilihat lebih berkesan menangani COVID-19 berbanding Malaysia.”
Saran hentikan pengumuman harian kes jangkitan harian Covid-19

Menerusi Astro Awani, beliau juga gesa agar pengumuman harian mengenai jumlah jangkitan kes COVID-19 di televisyen kerana ia hanya menambahkan lagi kegusaran rakyat.

Katanya, dengan melaporkan kes semakin meningkat malah tiada sebarang petunjuk penurunan ini seolah-olah memberi gambaran kerajaan telah gagal menangani isu tersebut.

“Apa justifikasinya saban hari pengumuman mengenai angka kes COVID19 dipaparkan dikaca televisyen sedangkan jumlah kes tidak memberi petunjuk penurunan malah semakin meningkat ? Ia seolah-olah memberi gambaran kerajaan telah gagal menanganinya.”

 

Baginya lagi, adalah lebh penting jika kerajaan menumpukan keutamaan mengatasi isu kemiskinan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat serta memikirkan bagaimana usaha untuk mengatasinya secara lebih berkesan dan menyeluruh disebalik akibat penularan COVID19.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2781472065503062&id=100009208886063

 

Baca : Boleh Solat Berjemaah, Bacaan Yassin Serta Tahlil Di Masjid Seluruh Melaka Mulai Esok

Jemaah

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top