Allahu, macam manalah orang boleh tergamak nak campak bayi dari tingkat empat? Lagi-lagi bayi tu anak sendiri.
Mungkin korang semua dah tahu tentang seorang bayi baru lahir telah dicampak dari balkoni tingkat 4 sebuah flat di Bayan Lepas, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan, bayi malang tersebut kini sedang dirawat di ICU di Hospital Pulau Pinang, lapor The Star.
Menurut doktor, bayi itu mengalami kecederaan otak, kepala retak dan kecederaan pada hati dan perlu dirujuk kepada pakar.”
Untuk korang yang tak tahu cerita, semalam seorang penghuni flat yang tinggal di tingkat bawah terdengar bunyi benda jatuh ke atas dinding balkoninya sebelum jatuh ke bawah.
Bila dia cuba lihat apa yang jatuh, dia terkejut bila mendapati ianya adalah seorang bayi dan terus menghubungi pasukan kecemasan.
Ketika ditemui, bayi tersebut mengalami pendarahan di bahagian kepala namun masih bernyawa.
Pihak polis kemudiannya membuat pemeriksaan rumah ke rumah sebelum menahan seorang suspek berusia 18 tahun yang tinggal bersama keluarganya kerana dia berada dalam keadaan mencurigakan.
Suspek yang juga ibu bayi tersebut akhirnya mengaku telah melahirkan bayinya pada jam 7 pagi di bilik air dan mencampak bayi tersebut dari balkoni bagi mengelakkan keluarganya tahu.
Ibu bapa suspek ada di Kelantan ketika kejadian ini berlaku dan dua adik beradik yang duduk serumah tak tahu mengenai perkara ini kerana suspek sorok kandungan dari keluarga.”
Suspek kemudiannya mendedahkan yang bapa bayi tersebut adalah teman lelakinya yang juga berusia 18 tahun.