in

Brenda, Perenang Para Wanita Negara Berjaya Catat Rekod Asia di Sukan Paralimpik

Ft Perenang Para Cipta Rekod Asia Sukan Paralimpik Tokyo E1630122310490

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 kini sedang berlangsung sejak 24 Ogos lepas dan dijadualkan tamat pada 5 September akan datang. Seramai 22 atlet para Malaysia termasuklah empat atlet wanita kini menggalas cabaran mengharumkan nama negara dalam sembilan jenis sukan di temasya itu.

Salah seorang adalah perenang para wanita, Brenda Anellia Larry yang dilaporkan telah mencatat rekod Asia selepas berjaya mencatatkan masa 1 minit 00.62 saat (s) dalam Saringan 2 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita S5, hari ini.


Menurut Berita Harian, Brenda yang baru berusia 16 tahun itu juga turut memperbaiki catatannya di Kejohanan Siri Dunia Renang Para di Singapura pada Mei 2019 iaitu 1:09.72s.

Brenda

Meskipun begitu, difahamkan pencapaian berkenaan belum memadai untuk melayakkan Brenda mara ke pusingan final petang ini memandangkan dia menamatkan saringan di tempat ke-13 keseluruhan.

Beraksi di Pusat Akuatik Tokyo, Lu Dong yang mengungguli saringan dengan catatan 40.74s turut memecahkan rekod Asia dan memperbaharui catatan rekod 41.54s dilakukannya sendiri di Berlin, Jerman pada Jun lepas.

Brenda2

Mengikut format pertandingan, hanya lapan daripada 14 peserta terbaik yang menerima slot ke final. Dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki S5 pula, atlet para renang lelaki, Jamery Siga dilaporkan tidak dapat melayakkan diri ke final selepas menduduki tempat ke-13 daripada 18 peserta.

Untuk rekod, Malaysia mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972 dan telah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.

Baca: Azreen Nabila Trending di Twitter, Berjaya Pecah Rekod Peribadi di Pusingan Kelayakan 100m Olimpik

Ft Azreen Nabila Pecah Rekod Peribadi Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.