Seperti yang ramai sedia maklum, negara Thailand dan Kemboja kini diselubungi krisis yang berpanjangan hingga menyebabkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden ASEAN menjadi orang tengah dalam meredakan konflik yang berlaku.
Kesan daripada pergeseran dua negara ini, difahamkan rakyat Kemboja telah memboikot produk dari Thailand dan menyekat kemasukan produk Thailand dari darat hingga mengakibatkan bekalan susu segar menjadi kritikal di Kemboja.
Farm Fresh kini jadi pilihan rakyat Kemboja
Namun siapa sangka konflik yang berlaku telah membuka peluang besar buat syarikat susu dari Malaysia ini?
Menerusi perkongsian Facebook Azmi Zainal yang terkenal dengan julukan Bos Susu, Farm Fresh telah dicadangkan untuk membekalkan susu segar dengan kadar segera ke Kemboja atas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atas inisiatif YAB PMX sebagai Pengerusi ASEAN, mencadangkan Farm Fresh membekalkan susu segar dengan kadar segera ke Cambodia.
“AEON adalah pasar raya yang pertama keluarkan purchase order (PO) pada Farm Fresh atas dasar keyakinan dan hubungan niaga yang telah lama bersama mereka. Alhamdulillah, kini susu pasteurise Farm Fresh, Aus Fresh dan yogurt menjadi pilihan rakyat Cambodia,” katanya.
Artikel berkaitan: AS Puji Kepimpinan PMX, Jadi Orang Tengah Rundingan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
Artikel berkaitan: Jem Kebanggaan Australia Yang Sudah 123 Tahun Di Pasaran Kini Ada Pemilik Baru, Rupanya ‘Bos Susu’ Yang Beli!
Menurut Azmi lagi, tidak sampai seminggu penjualan di sana, susu-susu Farm Fresh licin di pasar raya dan kini pihaknya telah mendapat pesanan dari cafe-cafe serta hotel di Kemboja.
Dulu pesaing kami kata mustahil Malaysia boleh jadi pengeksport produk tenusu, mereka kata cuaca kita tak sesuai. Tapi bagi kami, bukan cuaca tapi siapa. Alhamdulillah kami berjaya melakukannya,” tambah Azmi lagi.
Menerusi posting berkenaan juga, Azmi juga telah mengucapkan terima kasih kepada PMX dan MITI kerana membantu merealisasikan projek berkenaan.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang bangga dengan kejayaan Farm Fresh yang dapat melebarkan sayap ke luar negara.
Sumber: Facebook