in

Bos Digantung Tugas, Ajak Pekerja Wanita ‘Staycation’ Sebagai Syarat Sambung Kontrak

Digantung Tugas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gangguan seksual dalam kalangan pekerja bukanlah sesuatu yang baru berlaku di mana-mana syarikat. Memanggil dengan panggilan manja, menyentuh tanpa izin dan membuat gangguan adalah antara contoh gangguan seksual yang sering dilaporkan oleh pekerja wanita.

Seorang majikan di sebuah syarikat di Cikarang, Jawa Barat dipecat selepas dia didakwa mengugut pekerja wanita untuk cuti inap (staycation) bersama-sama sebagai syarat untuk menyambung kontrak kerja mereka.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Tenaga Kerja dan Transmigrasi Jawa Barat, Rachmat Taufik Garsadi dalam satu kenyataan. Menurut sumber, lelaki tersebut telah diberhentikan tugas sementara sehingga siasatan lanjut dijalankan.

Digantung Tugas
Gambar hiasan

Jelas Rachmat dalam satu kenyataan yang sama, pihaknya menyokong usaha penguatkuasaan undang-undang terhadap individu yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja.

Sambungnya lagi, ia selaras dengan arahan kerajaan yang mahu pelaku gangguan seksual dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kata Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dalam satu kenyataan, dia menghargai tindakan pantas pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Dia juga berharap pelaku seksual di pejabat dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Kredit: Harian Metro

BACA: Tarawih Kilat 20 Rakaat Dalam 10 Minit Di Indonesia Sudah Diamalkan Sejak 116 Tahun Dulu

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.