in

Borderland Music Festival Bakal Cipta Sejarah Jadi Festival Muzik Pertama Guna Sistem Bayaran Tanpa Tunai

Borderland Ft

Borderland Music Festival yang bakal berlangsung di Coco Cabana, Miri pada 15 & 16 September 2023 nanti bersedia untuk mecipta sejarah mereka tersendiri apabila bakal menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi ZCITY.

Sebagai sebuah syarikat teknologi terkemuka yang mengkhususkan e-perdagangan dan sistem pembayaran tanpa tunai, ZCITY pastinya akan merevolusikan pengalaman festival dengan menyediakan transaksi tanpa tunai kepada para pengunjung Borderland Music Festival nanti.

Dalam masa yang sama, pastinya sistem pembayaran tanpa tunai ini bakal meningkatkan keselematan dari segi transaksi wang yang berlaku sepanjang festival berlangsung.

Image 16

Selain itu, Borderland Music Festival bakal disokong oleh D8, sebuah syarikat yang terkenal dengan produksi acara yang dikenali ramai.

Era Baru Pangalaman Festival Muzik

Bercerita tentang pengalaman festival muzik yang baharu, kerjasama antara Borderland Music Festival dengan ZCITY bakal menawarkan teknologi canggih ‘imbas dan bayar’ ketika melakukan pelbagai transaksi.

Dalam masa yang sama, pengguna juga akan menikmati kemudahan sistem tanpa tunai serta kemudahan tambah nilai menggunakan e-dompet  utama di Malaysia. Selain itu, ZCITY juga menerima bayaran kad kredit, debit serta FPX bagi pengguna antarabangsa.

C2Cysprs

Dengan visi untuk menjadi salah satu festival muzik yang paling terkenal di Asia dan setaraf dengan festival muzik seperti di Thailand, Singapura dan Indonesia, Borderland Music Festival bakal menampilkan identiti unik rantau ini di pentas antrarabangsa.

Apa yang pasti, misi  mereka untuk berkongsi keindahan budaya dan tradisi Borneo ke mata dunia dengan menyediakan platform bagi artis tempatan dan antarabangsa untuk bersatu dan meraikan kepelbagaian melalui muzik yang universal ini boleh dicapai.

Borderland Music Festival bakal mempersembahkan 14 DJ antarabangsa yang terkenal serta membariskan 30 DJ Asia dan tempatan. Dengan genre yang merangkumi muzik elektronik, house dan techno pengunjung boleh mengharapkan festival yang sangat bertenaga!

52791D16 436F 441C 8F74 22Cfb2471Bed

Tidak lupa juga, Borderland Music Festival dengan bangga mengumumkan bahawa Datuk Bandar Miri, YB Adam Yii Siew Sang, bukan sahaja menyokong Borderland Music Festival tetapi juga sangat menghargai inisiatif dalam mengambil pendekatan digital terhadap teknologi canggih selaras dengan visi Datuk Bandar untuk mengubah Miri menjadi bandar digital pada tahun 2025.

Datuk Sebastian Ting, daripada Lembaga Pelancongan Sarawak, menyatakan Borderland Music Festival akan memberikan sumbangan kepada ekonomi tempatan dalam pelbagai bidang terutamanya industri F&B di mana ia akan membuka peluang untuk mempersembahkan kelazatan kuliner kepada pengunjung festival ini.

Img 6666Edited

Lebih menarik, Borderland Music Festival ini bakal disokong oleh rakan kerjasama yang sangat terkenal iaitu Pullman Miri Waterfront yang merupakan hotel bertaraf 5 bintang sebagai hotel rasmi para artis yang akan membuat persembahan dan juga MYAirline sebagai syarikat penerbangan rasmi yang bakal memberikan kadar promosi yang mampu milik kepada pengunjung festival.

Tiket untuk Borderland Music Festival kini tersedia di aplikasi ZCITY, di mana anda boleh memuat turun aplikasi dari APP Store atau Google Playstore. Festival ini menawarkan pelbagai pakej tiket untuk memenuhi keperluan yang berbeza, termasuk pass 2 hari, VIP dan VIP SOFA.

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, barisan lengkap artis, dan kemas kini festival, sila layari www.borderland-asia.com/ticket.