in

“Boleh rehat dah Tun” – Netizen Ucap Terima Kasih Atas Jasa & Pengorbanan Tun Mahathir

3Tun F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 secara langsung menamatkan perkhidmatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim.


Peralihan kuasa yang kontroversi itu telah memberikan kepada netizen secara positif dan negatif. Admin taknak cerita bab negatif tu. Kali ni admin nak share satu video yang dikongsi oleh Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam video tu, kita boleh tengok isteri Tun M, Tun Siti Hasmah, memeluk suaminya. Netizen mengambil peluang menerusi video itu mengucapkan terima kasih kepada Tun M, mendoakan kesejahteraan dan selamat berehat. Cuba tengok video kat bawah ni.

Thank you everyone.

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Saturday, February 29, 2020

 

Terima kasih Tun M

Walaupun tidak dapat berkhidmat kepada rakyat lagi, jasa dan pengorbanan Tun M tetap dikenang oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Dah tiba masa Tun M berehat sambil memerhati dari jauh politik negara.

Screen Shot 2020 03 01 At 1.30.08 PmTolak pandangan politik ke tepi, kita doakan yang baik-baik untuk Tun dan dunia politik tanah air. 

Screen Shot 2020 03 01 At 1.30.32 PmBetul, kita doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah dapat meluangkan lebih masa bersama. Terima kasih Tun!

Screen Shot 2020 03 01 At 1.30.55 PmFuhh.. mesti lega dapat balik masa yang dikorbankan untuk rakyat sebelum ni. Banyakkan berehat, jasamu dikenang.

Screen Shot 2020 03 01 At 1.30.46 PmBetul, semoga dipermudahkan segala urusan Tun berdua. Tugas di parlimen untuk Tun M masih berjalan seperti biasa. 

 

Baca: “UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan” – Tun M

Screen Shot 2020 03 01 At 1.40.32 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.