in

“Boleh hantar selagi tak sebesar gajah” – Ini 5 ‘Delivery’ Pelik Yang Pernah Dibuat Seluruh Dunia

Hantar Barang Pelik

Setiap penghujung tahun merupakan tempoh atau bulan yang paling sibuk untuk mereka yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barang kerana ketika inilah ramai akan mengirimkan hadiah sempena Chrismas, hadiah sempena tahun baru dan lain-lain.

Menurut sejarah, sistem penghantaran barangan mula diperkenalkan pada zaman empayar Parsi, sekitar 6 sebelum masihi dan kemudiannya diperluaskan lagi oleh empayar Rom yang memperkenalkan perkhidmatan penghantaran mesej, pegawai kerajaan dan lain-lain.

Sehinggalah hari ini, perkhidmatan penghantaran barangan ditawarkan hampir seluruh dunia dan tidak hairanlah ada pelbagai barangan pelik dan menarik yang pernah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran ini. Antaranya :

1. Hantar Diri Sendiri

99155446 Suffragettes

Pada tahun 1909, pasangan suami isteri Miss Solomon and Miss McLellan telah menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspress untuk ‘mengepos’ diri mereka sendiri untuk menghantar pesanan kepada Perdana Menteri UK, Herbert Asquith.

2. Barangan Tanpa Kotak/Pembalut

Seorang akauntan W Reginald Bray, dilabelkan sebagai ‘artis penghantaran barangan’ gara-gara ratusan barangan pelik yang pernah dihantarnya kerana syarat atau undang-undang penghantaran barangan ketika itu ialah “apa sahaja barangan asalkan lebih besar dari lebah dan tidak sebesar gajah”.

99112623 Flipflop

Menariknya, dia berjaya menemukan ketirisan dalam undang-undang penghantar barangan dan berjaya menghantar pelbagai barangan tanpa pembalut atau kotak tetapi hanya dengan menyertakan setem.

Difahamkan, dia berjaya mengepos selipar, seluar dalam, daun dan bermacam-macam lagi objek pelik tanpa sertakan sebarang pembungkusan.

3. Surat Dengan Alamat Teka Teki

Seorang pelukis telah menulis sebuah buku selepas berjaya membuat penghantaran surat dengan cara yang cukup unik.

99204979 Havelockaddress

Difahamkan, dia berjaya menghantar sejumlah 100 surat yang mana alamatnya merupakan teka teki yang perlu diselesaikan sebelum penghantaran boleh dibuat. Namun difahamkan, pihak Royal Mail kemudian mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan menghantar lagi ‘permintaan’ sebegini kerana menyusahkan dan berkemungkinan untuk melewatkan penghantaran lain.

4. Ucapan Menggunakan Sebiji Kentang

Cuba bayangkan, korang buka peti surat dan menerima ucapan yang tertulis atas sebiji kentang! Ya, ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat ini merupakan ‘pakar’ dalam penghantaran pesanan atau ucapan ‘kentang’ ini.

4048

Difahamkan, ia merupakan cara yang luar biasa dan secara tak langsung menggantikan cara tradisional untuk menghantar kad dengan menggunakan sebiji kentang!

5. Sampel Penyakit Beserta Label

Pada tahun 1985, akbar terkenal New York Times mendedahkan tentang penemuan penghantaran paling pelik di dunia yang mana ianya berbentuk penyakit yang dibalut dengan baik selain lengkap dengan label.

07 2

Difahamkan ianya dihantar oleh ahli fizik kerana ingin mengelak bayaran yang mahal dikenakan ketika itu.

Fuh, agak pelik jugak ye barang-barangan yang dihantar ni, namun selagi ianya tidak menyalahi undang-undang dan menepati syarat penghantaran, apa salahnya ye tak? 

Hantar hadiah guna Grab 100+ Cities Delivery (BETA) je!

Tapi di Malaysia ini berbeza, selain penghantaran biasa, ramai orang menggunakan e-hailing seperti Grab untuk menghantar barang sebab lebih cepat dan selamat.

Bercakap pasal Grab, sebenarnya Grab bukan hanya berfungsi untuk korang pesan makanan atau servis hantar barang je tau. Korang tahu tak sebenarnya Grab pun ada fungsi untuk ‘bagi hadiah’ ni melalui GrabFood dan GrabMart.

Lmmy1920 Og Brendaad 1200X600Px

Jadi, katalah korang ada nak bagi atau terlupa untuk beli hadiah, bolehlah bagi je hadiah hadiah berbentuk  sajian, bunga, coklat, hadiah dan banyak lagi melalui Grab sama ada GrabFood atau GrabMart melalui Grab 100+ Cities Delivery (BETA) ni.

“Paling best, korang boleh bagi hadiah ke seluruh negara dan merentasi negeri dalam hari yang sama!

Contohnya, pasangan atau kawan korang tinggal di Perak, dan korang ada di Kuala Lumpur, tak ada masalah. Boleh dapat harini jugak!”

Hantar Hadiah Rentas Negeri! 

Lebih menarik, korang yang suka cari hadiah last-minute ni mesti suka fungsi terbaru 100+ Cities Delivery (BETA) yang diperkenalkan oleh Grab ni. Difahamkan, melalui Grab Gifting, korang boleh berikan hadiah berbentuk melalui Grab sama ada GrabFood atau GrabMart.

Kalau korang nak cuba fungsi terbaru dan hantar hadiah kepada kenalan atau pasangan, caranya mudah :

Step1 Tile

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Cari fungsi ‘100+ Cities Delivery (BETA)’ di paparan utama aplikasi Grab
  3. Tekan ‘Next’
  4. Pilih sama ada ‘Food’ atau ‘Mart’
  5. Pilih bandar pilihan
  6. Masukan alamat penerima
  7. Teruskan pesanan seperti biasa

Senang kan? Nak try send dekat min? Boleh dm mintak alamat ye~ Hehe

Sumber: BBC
Sumber: BBC
Sumber: BBC
Sumber: The Guardian
Sumber: Grab
Sumber: Grab