Barisan Nasional (BN) akhirnya memutuskan untuk boikot pilihan raya kecil Port Dickson yang bakal diadakan pada Oktober depan. Keputusan ni telah diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu sidang media sebentar tadi.
“Maka kami mengambil keputusan bahawa BN akan boikot PRK PD. Ertinya kita tak akan letakkan calon mewakili BN atau atas nama BN,” kata Zahid, lapor Malaysiakini.
Setakat ni hanya parti kecil, Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dikatakan suarakan hasrat untuk cabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi PRK tersebut. Manakala PAS pulak sebelum ni katanya ada berikrar untuk tak nak beri laluan mudah dan kemenangan percuma pada Anwar.
Namun hari ni, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, mereka jugak mungkin tak harus terlibat dalam PRK tu yang ‘sengaja diada-adakan untuk penuhi kehendak individu tertentu’. Ouch!
“Pemimpin PAS juga tidak berminat dengan kerusi berkenaan. Jika BN pun tidak mahu meletakkan calon, kita bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menanglah,” katanya ketika ditemui media di Kota Bharu.
PRK Port Dickson dijangka akan diadakan pada 13 Oktober ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 September dan tempoh berkempen selama 14 hari.
Anwar akan menang tanpa bertanding? Sama-sama kita nantikan!
Baca: Jangan Ikut Kerajaan Lama Yang Angkuh, Sombong – Anwar