in

“Bill Gates jaga anak ke?” – TikToker Anggap Ramai ‘Confuse’ Dalam Tugas Menjaga Anak

Syaz Ft 2024 08 07T132208.390

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdebatan antara kaum lelaki dan wanita seakan tiada penghujungnya, lebih-lebih lagi di era media sosial ini di mana semua orang boleh mengutarakan pendapat masing-masing.

Terbaru, tular sebuah video di TikTok berkenaan isu siapa yang sepatutnya menjaga anak adakah suami atau isteri.


Artikel berkaitan: Anak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba, Bapa Sibuk Main PlayStation Dalam Rumah

Artikel berkaitan: Bapa Malas Kerja, Anak Kecewa Ibu Terpaksa Tanggung ‘Biawak Hidup’ Bertahun-tahun

@wtfaizulbro

“Balik kerja buat-buat tidur, tak pun keluar balik melepak, main futsal.” Betul ke lelaki ni ramai mengelat dari jaga anak? ?

♬ original sound – WTFaizul – WTFaizul

Seorang TikToker merasakan tanggungjawab menjaga anak adalah khusus buat ibu, sementara bapa keluar ‘berperang’ dan mencari rezeki.

Dia juga menggunakan contoh-contoh seperti Bill Gates, Elon Musk serta bilionair lain yang menurutnya tidak menjaga anak-anak mereka.

“Saya tak nafikan ada lelaki yang tak faham tanggungjawab tapi kalau tengok idea ini (lelaki jaga anak), 30 tahun terakhir ini sahaja baru lelaki jadi luar tabii disuruh jaga anak,” katanya.

Malah, TikToker itu juga berkata tanggungjawab seorang wanita itu semakin berkurang jika dibandingkan dengan zaman ibunya dahulu, kini ibu-ibu boleh menghantar anak ke taska serta makanan juga boleh dipesan.

Di akhir video itu, TikToker itu berkata padanya isu ini timbul kerana ramai yang makin keliru dengan tugas masing-masing dan itu menyebabkan perbalahan ini berlaku.

Apa pendapat korang?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.