in

Bilangan Kes HMFD Negara Melepasi Tahap Amaran, Ini Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan!

Hmfd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19 (7- 13 Mei).


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu 2,443 kes atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti Sabah iaitu 1,505 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (977), Johor (915), Sarawak (750) manakala negeri-negeri lain melaporkan sekitar atau kurang daripada 700 kes.

Setakat ini, sebanyak 9,822 kes dilaporkan dan walaupun ia lebih rendah berbanding kes dilaporkan pada 2022 bagi tempoh sama iaitu 31,622, terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME18 (30 April-6 Mei) yang melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes HFMD seminggu.

“Berdasarkan survelan enterovirus pada tahun ini, dua virus utama penyebab HFMD dikesan dalam kalangan kes yang sampelnya diambil iaitu Coksackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Tiada kes HFMD yang dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes kematian HFMD.”

Dr Muhammad Radzi berkata kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 8,587 kes atau 87.4 peratus.

Tanda Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Hmfd

HMFD merupakan satu penyakit yang lazim berlaku kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Namun, penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Penyakit ini selalunya tidak serius. Namun, ia dapat merebak dengan sangat pantas, terutamanya di sekolah atau tadika.

Selalunya, pesakit akan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam masa sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul.

Ada juga kanak-kanak yang mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh.

Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.

Mereka juga lebih mudah mengalami dehidrasi kerana tidak mempunyai selera makan. Walau bagaimanapun, simptom HMFD berbeza mengikut individu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Jumpa doktor serta merta sekiranya:

  1. Anak tidak boleh minum dengan normal dan dikhuatiri mengalami dehidrasi.
  2. Demam berlarutan lebih daripada 3 hari.
  3. Simptom tidak sembuh walaupun selepas 10 hari.
  4. Sistem imun anak semakin lemah.
  5. Gejala menjadi semakin serius.
  6. Anak berusia kurang daripada 6 bulan.

Bagaimana anak boleh dijangkiti HMFD?

Hmfd

Anak boleh dijangkiti HMFD melalui pelbagai cara. Mereka mungkin:

  1. Tersentuh cecair badan penghidap HMFD (bersin, batuk atau bercakap).
  2. Menyentuh individu yang menghidap HMFD, contohnya melalui ciuman, pelukan atau perkongsian makanan.
  3. Memegang objek yang mengandungi virus seperti pemegang pintu atau mainan, dan kemuan menyentuh pula rongga badan seperti hidung atau mulut.

Kepada ibu bapa di luar sana, berhati-hatilah dengan HMFD. Tengah musim sekarang!

Sumber: Metro, CDC

Baca: Dikhuatiri Varian Baharu HMFD, Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Di India Diserang ‘Demam Tomato

Hmfd

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.