Nama Safiey Illyas kini kembali menjadi buah mulut netizen apabila ada beberapa individu mendakwa diri mereka telah menjadi mangsa penipuan penjualan beg tangan preloved daripada usahawan kosmetik itu.
RM 4,500 lesap, barang lambat sampai sebab banyak delay, dapat copy ori
Seorang mangsa pertama, Gempak melaporkan bahawa individu tersebut telah ditipu sebanyak RM 4,500. Mangsa menyatakan bahawa beg yang diterima selepas mambuat pembayaran itu merupakan beg palsu.
Dalam pada itu, mangsa kedua ada muat naik status di Facebook dengan mendakwa bahawa ramai lagi orang yang menjadi mangsa penipuan Safiey Illyas.
“Kalau aku dengan dia je ada masalah, mungkin ada betulnya di pihak dia. Tapi kalau dah berpuluh orang ada masalah dengan dia, confirm dialah punca. Korang nak percaya dia silakan..aku tak boleh paksa orang untuk benci dia. Cuma aku akan perjuangkan supaya tak ada lagi mangsa penipuan berterusan.”
Katanya lagi, Safiey tidak ada memberikan sebarang respons terhadap rungutan orang ramai dan bercadang untuk tuntut ganti rugi. Bilangnya lagi dia sudah berikan peluang dan ruang tapi rupanya makin ramai mangsa yang dah terkena.
“Kali ini modus operandi cukup berbeza, jual barang preloved, tapi bila sampai copy ori. Ada yang langsung tak terima barang.”
Individu tersebut turut meminta untuk menjelaskan hutang dalam masa 3 hari melalui tarikh dia muat naik posting tersebut. Jika tidak, beliau akan membuat tuntutan keseluruhan sebanyak RM 100,000.
“Tolong jangan jadikan kami mangsa dan aniaya kami untuk tujuan viral anda. Segala bentuk bukti transaksi, perbualan, voice note, report polis akan dijadikan bahan bukti tindakan selanjutnya.”
Difahamkan, Safiey berbuat demikian bertujuan untuk teknik pemasaran dan ingin menjual kembali produk kecantikannya. Bagaimanapun Gempak melaporkan bahawa Facebook Saffiey Illias masih terbuka, status berkenaan telah dipadam.
Baca : Lepas Sajat, Safiey Illias Didakwa Bakal Berhijrah & Mula Kehidupan Baru Di Bangkok?