in

“Bila complain dia gelak” – Influencer Berang ‘Resort’ Di Johor Indah Khabar Dari Rupa, Rugi RM 17K!

resort mersing bella khan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali anda ingin melancong, pastikan sentiasa memeriksa review serta komen orang lain berkenaan tempat yang ingin dituju terutama sekali tempat penginapan.

Baru-baru ini, Bella Khan yang merupakan seorang influencer dan usahawan produk kecantikan berkongsi bangaimana dia mengalami kerugian RM17,000 kerana bercuti di sebuah chalet yang terletak di Mersing, Johor.


cats 39

Menerusi Twitter miliknya, Bella meluahkan rasa kecewa apabila mereka dilayan dengan sangat buruk di situ, tidak cukup dengan itu, dia juga berkongsi keadaan bilik itu yang sangat teruk dan berbau hapak.

“The problem is cara their staff treat kitaorg, macam kitaorg ni duduk free pulak and hygiene bilik tu.

Bau hapak dengan cadar-cadar sekali. Bed bugs merata and 4 orang termasuk my bibik yang duduk je dalam bilik, esok bangun pagi dah merata-rata merah-merah banyak kat badan dorang,” tulisnya.

Selain itu, Bella turut berkongsi dia membawa anaknya yang masih bayi tetapi cara mereka membawa bot untuk ke chalet itu langsung tidak selamat, apabila dia membuat aduan mereka hanya tergelak sahaja.

Lebih mengeruhkan keadaan, bayaran chalet itu mengikut kepala (per head) dan bukan mengikut bilik, tidak cukup dengan itu, air yang disediakan juga air laut dan bukan air biasa.

Perkara itu membuatkan Bella terpaksa membeli botol mineral berharga RM10 untuk minum serta membuat susu anaknya.

Huish, korang kalau nak bercuti baca review dulu ok!

Baca: Parkir Hotel Berbau Busuk Macam Bangkai Lepas 3 Tahun Tidak Beroperasi, Rupanya...

Ft Mayat Busuk Parkir Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.