in

“Biarrr betulll?”- Cepat! AirAsia Food Tawar Hidangan Serendah 1 Sen

Cats 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang kaki travel mesti rindu nak naik AirAsia bila setiap kali pergi jalan-jalan kan? Bukan apa, dulu syarikat penerbangan ini selalu juga buat promosi free seating. Haih, rindunya nak travel.


Korang tahu tak yang syarikat penerbangan AirAsia ini ada juga memperkenalkan AirAsia Food yang merupakan perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian. Untuk pengetahuan korang, perkhidmatan ini bakal menawarkan promosi hebat dengan harga satu sen sahaja daripada peniaga terpilih.

 

Hidangan serendah satu sen

Perkara ini diumumkan melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di IG Story airasiadelivers baru-baru ini. Promosi ini ditawarkan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja tau. Untung laaa siapa duduk Lembah Klang dengan Pulau Pinang boleh grab promo ni.

Untuk yang tinggal di Lembah Klang, korang boleh tebus promosi ini menggunakan kod promosi 1SENKL manakala bagi penduduk di Pulau Pinang pula, korang boleh gunakan kod promosi 1SENPG. Haa, jangan tersalah masuk kod pulak.

Photo6204047149625356167

Photo6204047149625356169

Bukan itu sahaja, siapa-siapa yang duduk dalam lingkungan 15 km dari restoran yang terlibat dalam promosi ini juga boleh menikmati pekhidmatan penghantaran secara percuma tanpa had. Best gilaaa! Dah la makanan 1 sen, lepastu free delivery pulak tu.

Photo6204047149625356168

Photo6204047149625356170

 

Tanda hargai pelanggan

Menurut mStar, Lim Ben-Jie yang merupakan ketua e-dagang AirAsia super app berkata yang  promosi yang dilakukan ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka yang tetap setia menyokong perniagaan mereka.

20210223 171211

Selain itu, Lim juga ingin membawa semula promosi ‘free seating’ yang popular sebelum ini dalam platform e-dagang.

“Kami akan cuba bawa kempen popular Tempat Duduk Percuma AirAsia dalam cabang perniagaan bukan penerbangan terutamanya di platform e-dagang.”

Korang yang nak dapatkan promosi ni kena cepat okey sebab terhad sangat. Siapa lambat, memang habis la.

 

Sumber: mStar, airasiadelivers

Baca:”Aku ulang 10 kali tengok video ni”- Netizen Terhibur Tengok Tony & Geng Bos AirAsia Buat Challenge Menari di TikTok

Capture 25

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: airasia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.