in

“Biarlah arwah pergi dengan tenang” – [VIDEO] Viral Gadis Rebah Dituduh Hidap Coronavirus, Ahli Keluarga Buat Laporan Polis & Minta Henti Spekulasi

Featured Image Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laman media sosial boleh menjadi platform yang sangat membantu dalam memberi maklumat yang diperlukan.


Namun begitu, dalam pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi platform yang membinasakan apabila kita mendapat suatu perkara yang tidak dapat dipastikan akan sumber asalnya.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan seorang gadis tiba-tiba sahaja rebah jatuh ke atas lantai.

Allahuakbar.. Terima kasih sahabat2 yg prihatin wasap dan bertanya kabar juga cakna dengan video viral ni..Masyallah…

Posted by Art Fever Hafiz Rusidah on Monday, January 27, 2020

Namun begitu, masih ada juga individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan caption berbaur fitnah di mana mereka mengatakan gadis itu merupakan mangsa coronavirus. Ish, memandai je, ada bukti ke?

83198107 2455254247917938 846674754260697088 O
Sumner: facebook

Kes kematian pertama Coronavirus di Kuantan?

Image From Ios 4
Sumber: youtube

Ada juga individu yang menyebarkan video tersebut mengaku salah mereka dan memberitahu bahawa dapat video tersebut melalui group whatsApp.

Epr7Jc5U4Aalahv
Sumber: twitter

Macam-macam bukan? Perkara yang tak pasti tapi degil juga nak sebarkan.

Namun begitu, salah seorang sahabat Allahyarhamah Nur Izzah Izzati Norazlan, 20, telah membuat threads di laman Twitter bagi menjelaskan perkara sebenar dan bagi menghentikan spekulasi yang di reka oleh netizen.

Dia datang ke kedai sebab dia tertinggal powerbank dan berhajat untuk membeli cable sekali”

Menurut @_Nazirulmuubin, sewaktu kejadian, Izzah datang ke kedai aksesori berkenaan hanya untuk mengambil powerbank dan ingin membeli cable telefon sahaja. Pada hari itu juga, dia tidak bekerja.

Namun entah macam mana, secara tiba-tiba sahaja Izzah jatuh pengsan di tempat itu juga dan dengan segera rakan sekerjanya datang bagi membantu.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, Izzah dibantu oleh rakan-rakan dan bapanya untuk dibawa ke hospital berdekatan.

Pada mulanya, doktor yang merawat Izzah memberi maklum balas bahawa Izzah tidak menunjukkan sebarang respon walaupun sudah dibantu dengan menggunakan alat pernafasan.

“Doktor pertama keluar dan mengatakan izzah tak bagi sebarang respon dah dorang tengah buat CPR dan masukkan tiub dalam mulut izzah.” Katanya.

Namun selepas hampir 10 minit Izzah berada dalam bilik rawatan, seorang lagi doktor yang juga merupakan doktor pakar keluar untuk mengesahkan bahawa gadis itu sudah meninggal dunia.
Supervisor bagi video rakaman CCTV

Menurut Nazirul juga, dia mendapat rakaman video CCTV yang menunjukkan Izzah tiba-tiba rebah daripada supervisor yang mana dia telah menghantarnya ke dalam group whatsApp pekerja.

Dia juga ada mengatakan bahawa pada mulanya, hanya ayah Izzah seorang sahaja yang dia kongsi video itu.

Namun, selepas ahli keluarga yang lain sampai, salah seorang sepupu Izzah ada meminta video tersebut bagi melihatnya.

“The moment sedara mara dia sampai , ada seorang sepupu dia mintakkan kat aku rakaman cctv tu. Jadi aku bagi disebabkan dia sepupu Izzah” Katanya.

Tapi Nazirul tidak menuding jari kepada sesiapa dan bagaimana video ini boleh tersebar sehingga mampu mencetuskan spekulasi yang mengarut.

Eprlreyuuaeg50Z
Sumber: twitter

Pihak hospital juga masih lagi menyiasat punca sebenar kematian gadis muda ini. Sehingga kini masih tiada lagi jawapan daripada hospital.

Ini
Sumber: twitter
Keluarga dan rakan-rakan terdekat Izzah juga meminta supaya netizen menghentikan sebar berita yang tidak pasti dan juga berhenti daripda membuat spekulasi mengenai kematian ini.
Semoga keluarga dan sahabat tenang dan sabar menghadapi ujian ini.

 

Baca: “Sekarang kematian pun orang buat bisnes” – Bayi Baru Lahir Meninggal, Bapa Dihalang Kuburkan Anak Di Kampung Sendiri

Bbh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.