“Biadapnya” – Wanita Dimaki Netizen, Selamba Letak Kaki Atas Kerusi Orang Depan Dalam Wayang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila tengok wayang ni, ada beberapa benda yang jadi kepantangan admin antaranya, bercakap masa tengah tengok movie, orang belakang sepak kerusi atau bila anak menangis atau buat hal dalam wayang, parents tak reti nak bawa anak keluar.

Tapi apa yang dikongsi oleh seorang lelaki dekat Twitter ni memang kurang ajar level 98765542.

Aimnsyzwn telah kongsikan satu gambar menunjukkan seorang perempuan duduk di belakangnya di dalam wayang. Tapi apa yang menyakitkan hati dan boleh rosakkan mood nak tengok movie bila perempuan ni selambe je letak kaki dia atas kerusi depan. Amboi bukan main lagi! Ingat kat rumah ke kak oi?

So, dekat kapsyen Aimnsyzwn ni tanya “apa korang akn buat kalau kena mcmni?”. Kalau admin memang terus sound je. Dia bayar tiket untuk satu seat je, nak lunjur kaki pergilah masuk cinema mahal. Selimut semua siap. 

Ni adalah antara respon-respon netizen:

“Kau tahan kaki dia lepastu kau geletek sampai terkencing”

Cara yang sepatutnya dah tentulah tegur elok-elok dulu, tapi kalau tak makan saman, korang panggil je management kat situ. Baru dorang tahu malu sikit bila dah kena tegur…

 

Baca: “Takkan tu pun nak laki ajar?” – Kaum Wanita Bengang Dengan Kebiadaban Lelaki Ni Cakap Pasal Period

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson