in

Betul Ke Rokok Punca Barah Paru-Paru? Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu!

Ft Barah Paru Paru

“Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul”

Majoriti golongan dewasa di Malaysia pernah dengar lagu rakyat ini. Kisahnya tentang perut yang ditanya tentang punca ia sakit, lalu disalahkan nasi yang mentah. Nasi pula menyalahkan kayu api yang basah, dan begitulah seterusnya hingga ular akhirnya mengaku bahawa ia hanya mengikut fitrah!

Begitulah yang terjadi setiap kali punca barah paru-paru dibahaskan. Namun bahaslah macam mana pun, majoriti tetap akan menuding jari kepada rokok. 

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), sekitar 90% kematian akibat barah paru-paru adalah berpunca daripada rokok atau berkaitan dengan rokok. Di seluruh dunia, rokok membunuh lebih 8 juta penduduk setiap tahun, manakala lebih 27 ribu penduduk Malaysia menjadi korban rokok saban tahun. 

Pexels Anna Shvets 3845126

Ramai menyangka, punca utamanya adalah ‘nikotin’, namun kajian saintifik menyatakan sebaliknya. Hakikatnya, nikotin hanya menyebabkan orang ketagihan, padahal sebenarnya risiko penyakit kronik termasuk barah paru-paru adalah tercetus daripada asap rokok yang terhasil.

Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia.

“Lebih daripada 100 telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, dimana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok. 

“Justeru, jika ada produk alternatif merokok yang tidak melibatkan sebarang proses pembakaran seperti itu, maka risiko penyakit disebabkan asap rokok secara tidak langsung dapat dikurangkan,” katanya. 

Untitled Design 18

Pada ketika semua pihak menggesa para perokok ini berhenti, solusi lebih pragmatik sebenarnya amat diperlukan bagi memberi mereka pilihan yang lebih baik, kerana mereka hanya mahukan kepuasan nikotin.

Perlu ditekankan di sini bahawa nikotin cuma menyebabkan ketagihan dan bukanlah punca penyakit berkaitan merokok. Ini kerana nikotin boleh didapati secara semulajadi kerana sumber asal bahan ini adalah daripada tumbuh-tumbuhan dari keluarga Solanaceae (nightshade). 

Jadi bagi golongan dewasa yang sukar berhenti merokok, apa yang mereka perlu adalah produk rokok alternatif yang tidak terbakar, sebenarnya.

Produk alternatif ini yang termasuk produk seperti vape, e-ciggs, dan heated tobacco product (HTP) yang masih membekalkan nikotin, tanpa proses pembakaran. Dengan tiadanya pembakaran, kehadiran abu dan asap juga tiada.

Pun begitu, ini bukanlah bermaksud tiada risiko langsung dalam produk alternatif ini, namun proses pemanasan tembakau atau cecair ini juga mampu mengurangkan tahap pembebasan bahan kimia berbahaya di dalamnya. Walau apa pun ia, jika ada usaha mana-mana pihak untuk kurangkan risiko akibat merokok, semua pihak wajar memberi sokongan, bukannya terus saling menyalahkan.