in

“Betul dah lama simpan ni” – Wanita Upah 10 Orang Untuk Robohkan Rumah Bekas Suami Dengan Isteri Baru

Screen Shot 2021 03 17 At 11

Normal dalam kehidupan berkeluarga, pasti ada sedikit salah faham antara suami isteri. Namun masing-masing perlu bijak dan saling bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika tidak, mungkin kejadian seperti di bawah ini akan berlaku.

Seorang wanita tergamak mengupah 10 individu untuk merobohkan rumah yang pernah didudukinya bersama bekas suaminya.

Tindakan drastik itu diambil hanya kerana bekas suaminya itu membawa masuk isteri baharu untuk tinggal di rumah tersebut.

Rumah Bekas Edit

Wanita tersebut turut mendakwa, bekas suaminya tidak membahagikan harta pencarian dengan adil selepas mereka bercerai 20 tahun lalu. Dek kerana tidak dapat menahan sabar, wanita yang dikenali sebagai Ainun, nekad berbuat sedemikian.

Dia telah memberi upah sebanyak lima juta rupiah (hampir RM1,500) kepada 10 orang itu.

Jelasnya lagi, bekas suaminya itu dikatakan tidak sanggup memenuhi permintaannya dan memberi pampasan rumah sebanyak 30 juta rupiah bersamaan RM8,566.

Menurut Ketua Kampung Dusun Tegalan, Zainul Anwar, pihaknya sudah melakukan perbincangan selepas Ainun datang ke pejabat Balai Desa. Ujar Zainul, wanita itu mahukan pembahagian harta sepencarian yang adil dengan bekas suami.

Dah dua kali tak datang 

Couple Gaduh Edit

“Pihak Ainun mengajukan untuk dibahagikan hak sama rata dan meminta kami untuk memanggil Kasnan, namun sudah dua kali (lelaki itu) tidak hadir.”

Menurut Zainul, didalam perbincangan itu dia meminta supaya rumah itu tidak diroboh dan diberikan kepada anak tunggal pasangan tersebut iaitu Amilia. Namun, saranan itu tak dapat diikuti kerana geran tanah adalah warisan daripada keluarga Kasnan.

“Soalnya, hati saya marah tidak keruan dan sakit hati, 20 tahun saya memendam rasa, dia ‘sedap’ tinggal di rumah ini bersama isteri baharu.” – katanya

Disebabkan itu, wanita tersebut nekad berbuat sebegitu dan mengaku bahawa dia masih berdendam atas perbuatan bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab selepas mereka bercerai.

 

Baca : Dera Anak Hingga Berat Badan Tinggal 18KG Ketika Mati, Suami Isteri Ke Tali Gantung

Foot Umah Bekas

Sumber: Tribun News