Kes ibu bapa merungut anak dipukul guru ni dah lama admin tak dengar. Yelah kalau dulu, ibu bapa sanggup naik turun mahkamah dan balai polis hanya kerana cikgu tegur anak mereka ponteng sekolah, hisap dadah ataupun menyapu sampah kat dalam kelas.
Tapi kisah macam ni viral kembali bila seorang bapa meluahkan rasa sedihnya melihat anak dipukul teruk oleh guru disiplin. Menurut posting di Facebook, Khairil Sharwane berkata anaknya yang berusia 7 tahun tu mengadu tak dapat berpuasa sebab sakit dirotan cikgu.

“Luah mati mak, telan mati bapak. Aku tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita yang terjadi dalam diri ini. Hari ini 22hb Mei 2018 dalam jam 1.30 petang anak aku balik dari sekolah dan telah memberitahu yang dia telah dirotan oleh guru disiplin membuatkan anak aku tidak larat hendak berpuasa.
“Papa, Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu. Cikgu cakap tolong beritahu papa yang cikgu rotan Isaac. Kalau tak beritahu papa, nanti esok cikgu rotan lagi,” tulis Khairil.
Menurut Khairil, pada mulanya dia tak adalah kisah sangat sebab dia anggap apa yang anak dia cakap tu balasan daripada kenakalannya. Tapi hati Khairil tetiba tersentuh bila Isaac mula menunjukkan kesan luka di betis akibat dipukul guru.
“Luluh hati ini berderai air mata aku bila melihat betis anak aku hampir koyak dirotan cikgu disiplin. Anak aku mungkin nakal tetapi umurnya baru 7 tahun. Sungguh kejam cikgu perlakukan sebegini. Jika saudara saudari yang mempunyai anak, adakah anda sanggup anak anda diperlakukan sebegini?” katanya lagi.



Bila Khairil rujuk hal ni ke sekolah, pihak sekolah langsung tidak membantu atau beri kerjasama. Mereka cuba mengelak serta beri alasan bila Khairul call sekolah dan akhirnya dia memutuskan untuk membuat laporan polis.
“Biarlah pihak polis yang menguruskannya dan report perubatan dari Hospital Ampang juga telah dibuat. Aku tidak berdendam. Geram tetap geram. Aku pun ada perasaan. Aku tahu cikgu pun ada keluarga dan aku tidak kejam untuk memenjarakan cikgu.
“Cikgu bila buat kerja guna otak jangan guna nafsu. Tetapi ini adalah permulaan Cikgu Sean. Isaac Sharwane anak aku,” kata Khairil di akhir posting.
Posting yang viral ni telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata kesian dengan apa yang menimpa pelajar tersebut. Berat sangat ke kesalahan budak tu sampai kena rotan teruk-teruk macam tu kan??

Walau macam mana pun, eloklah kita dengar cerita dari dua belah pihak sebelum judge tindakan seseorang tu. Kalau betul cikgu pukul anak murid dengan teruk sekali hanya kerana kesalahan kecil, memang tak wajar langsung lah kan!
Semoga cepat sembuh dik dan jangan takut-takut nak ke sekolah!
Baca: Budak Tadika Berusia 5 Tahun di Ampang Dipukul Cikgu Kerana Salah Tulis Angka ‘3’