in

“Besar pahala pakcik” – Penggali Kubur Jenazah Pesakit Covid-19 Dapat Anugerah Tokoh Frontliner Khas

Ft Penggali Kubur Anugerah Tokoh Frontliner Khas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sumbangannya dalam pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara menjadi sebab Roslee Ali, 63 tahun dinobatkan sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.



Menurut Harian Metro, Roslee merupakan penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam  Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak dan pernah menyediakan sehingga sekitar 40 liang lahad dalam sehari untuk jenazah pesakit Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Anugerah Tokoh Frontliner ini adalah kategori baru yang diperkenalkan tahun ini dan ia diberikan kepada Roslee atas sumbangan dan jasa baktinya sejak terbabit dalam kerjaya diceburinya bermula 2011.

Roslee1

Katanya lagi, pemenang dipilih berdasarkan beberapa kriteria antaranya adalah daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat, sumbangan kepada organisasi dan sumbangan kepada peringkat negeri.

Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H pula diberikan kepada Mejar Jeneral (B) Datuk Kamarudin Mamat,  mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Selain anugerah Tokoh Utama itu, JAWI turut mengadakan empat anugerah lain terdiri daripada dua kategori petugas barisan hadapan (frontliner), korporat, mualaf dan pendakwah kreatif bagi menerima Anugerah Khas Ma’al hijrah 1443H/2021M.

Comment Di Facebook

Comment Di Fb

Difahamkan Roslee adalah penerima Anugerah Frontliner ke-2 dan bagi Anugerah Tokoh Frontliner 1 pula diberikan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Labuan, Dr Ismuni Bohari.

Pemenang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri secara langsung menerusi rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah dan Facebook rasmi Jawi hari ini dan kesemua mereka dihadiahkan wang tunai, sijil dan plak.

Sementara itu, pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya telah dianugerahkan Tokoh Pendakwah Kreatif dan Pembantu Mubaliligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Nur Maisarah Leong Yoke Keen pula dinobatkan sebagai Tokoh Mualaf.

Baca: Dah malam pun masih semangat kerja”- [Video] Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Frontliner Hilangkan Stress

Ft Front

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.