in

“Bertuah punya cucu!” – Cucu Kenakan Nenek, Sampai Bersilat Terkejut Punya Pasal

Page Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah nama cucu, mesti nak cuba macam-macam untuk tengok reaksi nenek. Bila duduk kampung, ada je peluang nak curi perhatian nenek tu kan?


Apabila tiba musim cuti sekolah ataupun perayaan apa-apa, mesti suasana kampung halaman terus terbayang dalam minda. Gelagat serta telatah cucu semestinya menjadi pengubat rindu untuk nenek dan juga datuk. Ramai juga telah pulang ke kampung sejak rentas negeri dibenarkan sejak 11 Oktober lalu.

Tidak ketinggalan satu video di aplikasi TikTok telah mencuri tumpuan orang ramai yang menunjukkan gelagat ‘nakal’ sebagai cucu dengan mengenakan neneknya. Perkongsian oleh @alvanorickyyy itu mendapat komen yang banyak disebabkan tindakbalas neneknya itu.

Dalam video itu, dia mengenakan neneknya dengan menggantikan mercun mancis sebagai putung scanted candle milik neneknya. Yang menjadi topik hangat di bahagian komen TikToknya adalah reaksi neneknya yang terus bersilat selepas nyalakan lilinnya itu.

@alvanorickyyy

Bu Rt was Kung Fu fighting ??

♬ original sound – ???? ?? ?? – ???? ?? ??

Kejadian yang berlaku di dapur rumah itu menghiburkan penonton kerana nenek itu tidak teragak-agak untuk buka langkah demi menyelamatkan dirinya. Ramai juga yang memberi komen tentang ketangkasan nenek itu dalam bersilat.

Komen Nenek

Komen Nenek 2

“Nenek itu adalah bekas ahli kungfu/silat tu” – Netizen

Tak kurang juga yang memberi komen bahawa mereka risau sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini kepada nenek itu. Ada juga yang meminta untuk tidak melakukan perbuatan seperti ini lagi. Tak apa, mungkin nenek dia kuat semangat tu. Kita doakan yang baik-baik je okay?

Dari sini boleh dilihat yang bukan orang muda sahaja lincah untuk mempraktikkan seni mempertahankan diri. Yang penting sihat tubuh badan dan juga mampu untuk melakukan aktiviti yang mencabar.

Admin tiba-tiba rindu nenek kat kampung. Teringat zaman budak-budak dulu, asyiklah kena suap pagi petang siang malam.

Baca:Prank’ Nak Lempang Muka Orang, Ramai Tak Setuju Untuk Dijadikan ‘Content’

Prank Tampar

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.