in

‘Prank’ Nak Lempang Muka Orang, Ramai Tak Setuju Untuk Dijadikan ‘Content’

Prank Tampar

Memang seronok untuk kenakan orang lain sebab kadang-kadang boleh menghiburkan kalau kena dengan caranya.

Macam yang kita tahu, perbuatan ‘prank’ orang selalu digunakan sebagai content kerana ramai yang teruja untuk tahu reaksi orang lain. Lagipun content sebegini telahpun lama digunakan kerana masih dianggap bersesuaian untuk dikongsikan.

Namun begitu, terdapat satu content yang dibuat oleh seorang Youtuber mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengguna media sosial kerana ‘prank’ dikenakan kepada orang ramai dilihatkan tidak bersesuain dan agak melampau.

Perkara ini kerana, Youtuber itu menggunakan perbuatan yang kononnya mahu melempang orang awam di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini secara random telah mengundang rasa tidak selesa di kalangan mereka dan ada juga yang sampai ingin larikan diri sebab rasa tidak selamat.

Youtuber mohon maaf isu ‘prank’

Youtuber yang dikenali sebagai Mizan dan juga kawannya yang menjadi jurukamera tampil memohon maaf atas insiden yang mengundang kecaman masyarakat melalui video yang dimuat naik di channelnya.

Dalam video itu, mereka berdua mengakui yang mereka tidak menyangka content tersebut akan mendapat pelbagai komen yang negatif. Mereka meminta maaf kerana tidak bersikap profesional dan kurang sensitif terhadap keselamatan orang ramai.

Mereka juga beberapa kali memohon maaf kerana tahu perbuatan tersebut tidak sesuai dengan budaya di Malaysia. Mizan juga menegaskan yang dia hanya berniat untuk menghiburkan subscribers sahaja. Di ruangan komen YouTube itu, ramai yang meminta untuk mereka mengingati kejadian ini agar tidak mengulangi benda yang sama di masa yang akan datang.

Haa, diorang pun dah minta maaf. Korang janganlah kecam lama-lama sangat, tak baik tau.

Baca: “Apa masalah dia” – Viral! Gelandangan di Komtar Didakwa Kena Pukul, Rotan Teruk, 2 Individu Akhirnya Ditahan

Untitled 2 1