in

“Bertongkat, keluar jam 6 pagi” – Warga Emas Cacat Penglihatan Jalan Kaki Seorang Diri 35KM Untuk Dapatkan Vaksin

Ft Jalankaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakannya berjalan kaki seorang diri dalam keadaan bertongkat untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menarik perhatian seorang jurugambar yang dalam perjalanan untuk membuat liputan perogram itu.



Itu yang berlaku di Maran, Pahang di mana seorang warga emas cacat penglihatan dilaporkan berjalan kaki seorang diri sejauh 35 kilometer untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Wau. Shaikh Ramly Sheikh Ahmad, 78, bergerak dari rumahnya pada awal pagi tidak ditemani sesiapa hanya membawa beg untuk ke Klinik Kesihatan tersebut.

Menurut Berita Harian, warga emas dari Kampung Kertau itu belum pun mendaftar untuk program vaksinasi dan hanya mengetahui tentang program tersebut daripada seorang individu yang datang ke rumahnya untuk menghantar bantuan makanan, semalam.

Vaksin2

Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari rumah.”

Saya memang harap dapat suntikan hari ini kerana saya tidak pernah mendaftar vaksinasi disebabkan tiada kemudahan teknologi, selain masalah penglihatan.”

Jurugambar bernama Farizul Hafiz Awang itu yang terjumpa Shaikh Ramly kemudian menumpangkannya hingga ke klinik. Dia kemudian dibantu oleh anggota polis untuk membuat pendaftaran di kaunter sebelum diberikan suntikan vaksinasi.

Program vaksinasi itu dilaksanakan atas insiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang menyediakan tiga bas untuk kegunaan penduduk setempat bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Vaksin1

Kisah warga emas itu mendapat perhatian netizen di media sosial yang bersimpati dengannya selain turut mempersoalkan bagaimana tiada pihak yang tampil membantunya bagi mendapatkan vaksin tersebut. Apatah lagi Shaikh Ramly langsung tidak tahu tentang program vaksin Covid-19 ini jika bukan kerana individu yang datang ke rumahnya itu.

Baca: Serkup Plastik Kat Kepala, ‘Uncle’ Ni Kena Ejek di PPV Tapi Apa Yang Dia Buat Lepas Tu Ramai Yang Tergamam Sebab…

Uncle Usm Beli Makanan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.