in

Serkup Plastik Kat Kepala, ‘Uncle’ Ni Kena Ejek di PPV Tapi Apa Yang Dia Buat Lepas Tu Ramai Yang Tergamam Sebab…

Uncle Usm Beli Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nampak seseorang tu macam pelik atau lain dari yang lain, mesti ramai orang akan cuba jauhkan diri daripadanya ataupun ejek-ejek dari belakang kan?


Tapi tak mustahil orang yang kita ejek tu sebenarnya lebih baik dan balik-balik kita yang termalu sendiri juga seperti apa yang berlaku baru-baru ini di PPV Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian USM di Facebook, seorang lelaki datang ke pusat pemberian vaksin hari ini untuk mendapatkan suntikannya dengan gaya yang agak pelik. Dia memakai plastik di kepalanya dan penampilannya itu mendapat perhatian pengunjung lain di PPV tersebut.

209447393 4239688076092193 1358459251267756019 N

“Hargai orang yang baik-baik, mereka jarang sekali ditemui. Pakcik ini datang ke pusat pemberian vaksin di USM PPV kelihatan sedikit pelik. Dia tiba dengan teksi.

“Sudah semestinya kehadiran pakcik ini menarik perhatian orang sekeliling dan kami dapat dengar bisikan dan gelak ejekkan daripada orang ramai. Apa-apapun, dia selamat mendapatkan suntikkanya. 

“Sebelum dia pergi, dia berjalan perlahan ke sekretariat, dan apa yang dia buat selepas itu agak mengejutkan.” 

206093367 4239688259425508 4631543045755674022 N

 

Hulur duit dan minta belikan makanan buat frontliners 

Menurut posting tersebut, uncle itu kemudian menghulurkan sejumlah wang dan meminta pihak sekretariat membeli makanan buat frontliners yang bertugas.

Tindakannya betul-betul menyentuh hati mereka yang bertugas di PPV USM hari itu.

Frontliners dah kuat bekerja. Tolong beli mereka makanan,” katanya sambil memberi sejumlah wang.

205117441 4239688092758858 3306615843199959750 N

“Dia kemudian pergi dan dapat dilihat menaiki teksi yang sama seperti dia tiba tadi. Dia membuatkan kami semua tergamam dengan kemurahan hatinya dan sikap kemanusiaan. 

“Pakcik, semoga Tuhan merahmati kamu. Mari kita beri dia sedikit rasa kasih sayang. 

“Gambar ini diambil oleh jurugambar staf kami, Baim Manan yang tanpa henti membawa kamera untuk saat ini.

“Para petugas kesihatan di lapangan juga telah menasihati pakcik ini untuk membuang pelindung pelik yang dipakainya dan gantikan dengan face shield. Namun pakcik ini lebih yakin dengan apa yang dilakukannya,” tulis posting tersebut.

Posting ini telah mendapat lebih dari 3,500 likes dan 900 shares. Rata-rata netizen sangat terharu dengan tindakan yang dilakukan pakcik tersebut dan berharap dia menukar pemakaian plastik di kepala dengan face shield yang lebih sesuai.

Proud

Kalau tengok orang pelik, kita jangan ejek. Tak baik tau, mana tahu dia sebenarnya lagi hebat dari kita. 

Baca: “Feeling macam nak naik flight” – Kru Kabin AirAsia Jadi Sukarelawan Di PPV KLCC, Ramai Terubat Rindu Nak Travel

Ppv Air Asia

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.