in

Bertindak Pantas Ketika Tragedi Pokok Tumbang Baru-baru Ini, Kapten Monorel Terima Sijil Penghargaan Dari Menteri Pengangkutan

F1 Monorail Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kapten Monorel iaitu Ahmad Zahiruddin Nordin mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengangkutan kerana bertindak pantas dalam mengendalikan monorail dan berjaya menghentikan monorail ketika kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail baru-baru ini.


In kerana ketika kejadian pokok tumbang itu, dahan pokok besar itu telah jatuh ke atas landasan monorail namun kecekapan kapten monorail iaitu Ahmad Zahiruddin telah berjaya menyelamatkan lebih kurang 30 orang penumpang monorail tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, Ahmad Zahiruddin berjaya mengentikan monorail itu dengan segera setelah melihat dahan pokok yang tumbang itu menghalang landasan pengangkutan awam terbabit.

1 9

Ahmad Zahiruddin, 40 tahun telah menerima sijil penghargaan atas kecekapannya mengendalikan monorail ketika kejadian daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke turut berkongsikan dengan pengiktirafan tersebut menerusi Facebook rasminya.

Artikel berkaitan: Pokok Besar Tumbang Hempap Kenderaan & Landasan Monorel, Seorang Dilapor Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: “Dekat KL ada 2 jenis pokok” – DBKL Beri Penjelasan Kenapa Tak Semua Pokok Tanggungjawab Mereka

Loke juga mengucapkan terima kasih kepada kapten dan kakitangan monorail yang lain yang telah menyelamatkan keadaan kerana selepas tren dihentikan, para penumpang telah dipindahkan bagi meneruskan perjalanan mereka yang tergendala akibat kejadian terbabit.

2 4

Menurut Ahmad Zahiruddin, beliau berjaya membrek secara manual setelah melihat dahan pokok itu dan selepas lima saat, monorel itu berhenti, lapor Berita Harian.

Menurutnya juga, kawasan landasan di sekitar Jalan Sultan Ismail itu sememangnya mempunyai banyak pokok besar, jadi beliau lebih berhati-hati apabila memandu monorail di kawasan terbabit.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.