Nama Steve Irwin pastinya tidak asing lagi kepada generasi yang membesar sekitar awal 2000-an. Sering menonton aksinya ‘bergusti’ dengan buaya, kehadirannya di kaca televisyen sentiasa dinanti-nanti peminat dokumentari haiwan.
Pada tanggal keramat 4 September 2006, Steve Irwin atau sinonim dengan gelaran The Crocodile Hunter telah menemui ajalnya selepas ditusuk seekor ikan pari. Ikuti sejarah dan peristiwa ringkas pemergian Steve Irwin yang dikongsi oleh @501Awani di bawah.
Siapa tak pernah dengar tajuk dokumentari The Crocodile Hunter tu mesti masih muda lagi. Min dulu kalau boleh memang tunggu depan TV sebab nak tengok dia tangkap buaya setiap minggu.
Walaupun Irwin telah meninggalkan kita 15 tahun lalu, legasinya masih diteruskan oleh anak-anaknya. Bindi dan Robert disamping isterinya, Terri.
Kalau korang ada kesempatan untuk ke Australia, boleh pergi Zoo Australia untuk tengok aksi anak-anak Irwin bersama haiwan liar. Rest in peace, Steve Irwin!
Baca: “Orang banyak kerja la” – [VIDEO] Lelaki ‘Sound’ Buaya Sebab Kacau Nak Bersihkan Kandang