in

“Bertanggungjawab celah mana?” – Netizen Tak Puas Hati Dengan Status FB, Anggap Waytha Moorthy Hipokrit!

Waytha Hipokrit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, membanjiri media sosial sejak malam semalam. Ramai rakyat Malaysia menangisi kehilangan Adib serta turut bersedih dan bersimpati dengan keluarga arwah.


Antara yang menjadi topik hangat adalah kemarahan netizen yang mahukan kematian hero ini mendapat pembelaan. Ada juga yang mahu Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy dan EXCO Selangor, Ganabatirau Veraman dipecat serta merta.

Waytha
sumber: astro awani

Seorang netizen sempat screenshot status Facebook dimuat naik Waytha awal pagi tadi yang ditujukan khas buat arwah Muhammad Adib.

“Kami ingin berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini.

“Muhammad Adib adalah seorang ahli bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.”

Tapi, status tu sebaliknya menaikkan lagi kemarahan netizen yang menganggap Waytha seorang yang hipokrit!

Ini adalah baris ayat yang membuatkan ramai rakyat Malaysia ‘panas hati’ dengan Menteri Perpaduan kita.

“Pihak polis sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.

“Sebagai Menteri yang yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama yang beriman.”

Status Waytha

Status Waytha 4
sumber: twitter

Seorang netizen berkata,

“Bertanggungjawab celah mana? buat essay panjang panjang ingat orang lupa apa yang dia buat ke? .”

Komen Twitter
sumber: twitter
Komen Twitter1
sumber: twitter

Bukan setakat status panjang ni yang buat netizen bengang, tapi tindakan Waytha tukar gambar profile kepada gambar Muhammad Adib pun dianggap kurang ajar.

Dp Waytha
sumber: twitter

Ketika ini, difahamkan Facebook Waytha Moorthy mungkin dah deactivated tapi netizen tetap bersuara dekat semua platform media sosial dan mendesak beliau dan Ganabatirau meletak jawatan kerana menjadi punca rusuhan itu berlaku sekaligus menyebabkan kematian Muhammad Adib.

Baca: “Menteri & Exco Perpecahan” – Netizen Bengang, Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Atas Kematian Adib

Aibwaytha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.