Bila last hati korang dilukai? Mesti dah tak ingat sebab dah move on kan. Habis semua barang yang ada kena mengena dengan bekas kekasih korang tu dah dibuang. Mungkin juga ada yang bakar atau campak dalam laut.
Ni ada sorang brader kita ni yang hatinya baru dilukai. Konon beli cincin sebab nak bagi dekat kekasih, sekali haa.. dapat confession pulak. Nah cuba korang tengok apa yang dikongsi oleh @Aniqsudir di akaun Twitter miliknya.
Bertabah bro!
Memang sedih weh bila baca cerita dia. Mestilah sedih, cinta yang dibina bertahun lamanya hancur berderai begitu sahaja. Simpan lah cincin tu bro. Takpun jual je balik.
Hmm.. betul gak tu. Takkan nak pakai sisa orang kan? Dah lah orang tu taknak dekat kita. Satgi bila pakai asyik teringat dekat yang lama pun tak boleh gak. Macam mana nak move on kan.
Kadang tu kita ingat kita dah okay dengan si dia. Mungkin ada juga salah kita, tapi tak boleh nak kata dia tak buat salah langsung. Alih-alih alasan awak terlalu baik untuk saya. Bosan dah dengar
Relaks bro. Kalau orang dah taknak tu kita mana boleh paksa. Memang kita dah buat macam-macam, maybe dia tak nampak effort kita tu kot. Takpa lah, bunga bukan sekuntum.
Itu lah. Sedih kan. Semoga tabah dan banyakkan bersabar ye. Ada tu yang lagi elok untuk kau bro!
Buat semua abang-abang yang dikecewakan oleh kekasih dan dilukai, bertabah lah. Mungkin si dia bukan untuk korang. Yang terbaik pasti akan datang. Kita tak tahu cepat atau lambat. Tapi kalau memang dah jodoh tu, pusing lah ke mana pun, ada melekat gak.
Baca: Gara-gara Kantoi Curang, Suami Sanggup Telanjang Bulat Atas Kereta Demi Nak Selamatkan Perkahwinan