Sejak Caprice memulakan misinya untuk ke Gaza tak lama dahulu, namanya sering meniti di bibir netizen gara-gara kontroversi yang dicetuskan ketika itu.
Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Syed ada memuat naik satu kenyataan sumpah yang dibuat oleh Caprice atas nama ibu bapanya di Instagram rasminya.
Tegur PU Syed, sekiranya seseorang itu ingin bersumpah, mereka perlu membuat lafaz sumpah dengan menggunakan nama Allah dan bukan nama ibu bapa atau orang lain.
Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprice, khas dan semua amnya, Sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.”
Bersama teguran ini, PU Syed turut menyelitkan sebuah hadis mengenai perkara ini:
Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, atau lebih baik diam.” – Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646).
Selain itu, PU Syed turut menasihatkan Caprice yang penyanyi rap ini tak perlu untuk bersumpah untuk kes pendakwah terkenal yang kini viral di media sosial.
Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah. Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan (bukti bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi yang didakwa). Wallahualam.”
https://www.instagram.com/p/CURJw-bJk_f/?utm_source=ig_embed&ig_rid=27ed6832-d6ee-417e-b903-666e9a1728ef
Sebelum ini, Caprice telah bersumpah atas nama ibu bapanya yang dia telah mengenali perangai dan sikap sebenar seorang pendakwah terkenal sehingga dia sanggup bersumpah atas nama ibu bapanya.