in

“Bermula dengan cili & terung…” – Kesan Konflik Asia Barat, Mat Sabu Saran Penjawat Awam Mula Tanam Sayur Di Rumah

Syaz Ft 2026 03 13T165607.222

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penjawat awam yang mempunyai ruang tanah di kediaman masing-masing, terutamanya yang tinggal di rumah teres atau kawasan kampung, kini disaran untuk mula berbakti kepada tanah dengan menanam sayur-sayuran sendiri.

Langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif persediaan awal dan berjaga-jaga sekiranya konflik berdarah yang sedang berlaku di Asia Barat berlarutan sehingga menjejaskan rantaian bekalan dunia.


Artikel berkaitan: Menjijikkan! Kedai Runcit Di Melaka Simpan Sayur Yang Nak Dijual Dalam Tandas

Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Di UAE, Jutawan Kripto & Isteri Ditemui Dik*rat, Tertanam Dalam Padang Pasir

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan bahawa tanaman yang dicadangkan adalah jenis yang mudah diurus dan cepat dituai untuk kegunaan harian keluarga.

“Kita saran jika ada yang berminat boleh mula program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dulu sebab kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan tamat,” katanya.

Menurut beliau, antara tanaman yang sangat digalakkan termasuklah cili, terung, dan kucai. Tambahnya lagi, kementerian amat berharap agar konflik antarabangsa itu dapat diredakan segera bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap sekuriti makanan negara.

Walau bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia supaya tidak terlalu bimbang untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba memandangkan stok makanan dalam negara masih terkawal.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.