in

Berjaya Pintas Penyeludupan, Tentera Laut Mexico Iring Kapal Bawa 4 Tan D*dah

Tentera Laut Mexico

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tentera Laut Mexico mengiringi sebuah kapal separa selam yang membawa muatan kokain dianggarkan sehingga empat tan ke Pelabuhan Manzanillo, Colima, pada Jumaat selepas ia dipintas dalam operasi antidadah di Lautan Pasifik.

Menurut pihak berkuasa, kapal berprofil rendah itu dikesan kira-kira 463 kilometer barat daya Manzanillo sebelum dipintas hasil kerjasama pelbagai agensi keselamatan Mexico dengan sokongan risikan Amerika Syarikat.


Sebanyak 179 bungkusan dipercayai mengandungi kokain ditemui di atas kapal berkenaan dan tiga individu yang berada di atas kapal tersebut telah ditahan.

Screenshot 2026 02 21 At 1.07.36 Pm
Pemandangan dron menunjukkan sebuah kapal separa selam yang dipintas tentera laut mexico bersama kira‑kira empat tan kokain di lautan pasifik, berhampiran pelabuhan manzanillo, di manzanillo, mexico.

Artikel berkaitan: Ada Rekod Dadah, Ibu 21 Tahun Disyaki D*ra Anak Kandung Berusia 5 Tahun Hingga Parah

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup Di Filipina Akibat Seludup Dadah

Rakaman yang dikeluarkan menunjukkan kapal perang Mexico menghalang laluan kapal separa selam tersebut sebelum anggota tentera menaikinya dan merampas bungkusan dadah.

Setiausaha Keselamatan Mexico menyifatkan rampasan itu sebagai tamparan besar terhadap kewangan sindiket dadah dan mampu menghalang jutaan dos daripada memasuki pasaran gelap.

Rampasan itu berlaku ketika hubungan keselamatan antara Mexico dan Amerika Syarikat terus menjadi perhatian, termasuk tekanan daripada Washington terhadap Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, untuk memperhebat usaha membanteras penyeludupan dadah.

Kapal tersebut kini ditahan  oleh Tentera Laut Mexico di Manzanillo untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.