in

Lepas Pfizer, KKM Lulus Vaksin Sinovac Untuk Remaja Atas 12 Tahun

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, sekarang ini kerajaan sedang aktif menvaksinkan remaja-remaja yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun sebelum sesi persekolahan tahun 2022 bermula.



Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd. China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd telah dibenarkan untuk diberikan kepada remaja berumur 12 tahun dan ke atas.

Noor Hisham Abdullah Bernama 250721

Kelulusan bersyarat penggunaan vaksin ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 yang bersidang sebentar tadi.

Bagaimanapun, PBKD menyarankan penggunaan Sinovac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty.

Ini merupakan vaksin Covid-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Comirnaty, keluaran Pfizer BioNTech pada Jun lepas.”

Manakala bagi remaja dengan komorbiditi, penilaian penggunaan vaksin Sinovac akan diteruskan selepas data dikemukakan mencukupi.

 

Baca: Vaksin Remaja Bawah 17 Tahun Dibuat Serentak Dengan Pembukaan Sekolah – KJ

Screenshot 2021 10 01 At 2.32.18 Pm

Sumber: MalaysiaNow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.