Sejak kewajipan pemakaian pelitup muka yang dikuatkuasakan pada 1 Ogos yang lalu, pelbagai dakwaan dan berita viral yang dikaitkan dengan kes saman disebabkan tidak memakai mask di tempat awam.
Terkini melalui penerangan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri menerusi sidang media semalam menjelaskan bahawa, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memberi pelepasan dan bayaran semula saman bagi mereka yang didakwa tidak memakai mask di dalam kenderaan peribadi.
Beliau juga ada menyenaraikan situasi-situasi yang tidak diwajibkan untuk memakai mask;
- Ketika berada di dalam kenderaan persendirian
- Ketika berada di dalam rumah
- Ketika melakukan aktiviti fizikal
- Bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah
Kalau korang kene saman atas 4 sebab ni. Korang boleh je terus ke mana-mana balai polis berdekatan.
Yang penting sekarang korang kene prepare je mask dalam beg atau kereta korang. Sebab kita dah hidup dalam norma baharu. Jangan pula ada yang mengamuk bila takde premis yang sediakan mask.