Semalam genap seminggu Tragedi Berdarah Christchurch yang meragut nyawa kira-kira 50 orang dan mencederakan berpuluh yang lain. Perbuatan pengganas yang melakukan perbuatan terkutuk itu dikecam dan dikutuk sehebatnya oleh seluruh dunia.
Bangkit dari tragedi hitam tersebut, New Zealand telah mengadakan Solidariti Tragedi Berdarah Christchurch. Sebuah daerah lain di Pulau Selatan New Zealand, Otago, turut menzahirkan solidariti mereka. Dikesempatan itu, An-Naim Yasim pelajar Malaysia di University of Otago telah melaungankan azan disana. Video berdurasi 4 minit 25 saat itu telah dikongsi di laman Facebook Bernama Radio.
Laungan azan di Otago, New Zealand sempena Sambutan solidariti bagi memperingati kejadian tembakan yang berlaku di Christchurch, New Zealand. Azan itu dilaungkan oleh An-Naim Yasim, pelajar Malaysia yang menuntut di University of Otago, New Zealand.Sumber : An-Naim Yasim dan Nini Rahman#Christchurch#NewZealand#BernamaRadio
Posted by Bernama Radio on Thursday, March 21, 2019
Sungguh indah…
Rata-rata netizen, baik yang muslim ataupun non muslim, memberikan reaksi positif kepada video ini.
Azan yang indah. Apa yang dilakukan oleh New Zealand boleh menjadi teladan kepada seluruh dunia.
Sangat indah dan tersentuh. Spread love, not hate
Bangga dengan Anak Malaysia
Tak kurang juga netizen yang tumpang bangga dengan Saudara An-Naim Yasim yang berbaju melayu lengkap sewaktu melaungkan azan itu.
Sejuk perut ibu mengandung. Kita pun tumpang bangga dengan pencapaian ini.
Ya, kita semua bangga menjadi rakyat Malaysia sebab ada wakil yang melaungkan azan di sana.
Kita tahu yang tragedi hitam ini sangat memberi kesan kepada kita semua. Tapi marilah kita sama-sama sebarkan keamanan dan kasih sayang. Peace, no war