in

“Bergantung cara pembawakan” – Lelaki Berani Mati Pakai Baju ‘Nampak Pusat’

Ft Lelaki Pakai Crop Top

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang macam-macam jenis fesyen yang kita dapat lihat, banyak fesyen yang asalnya dahulu hanya dipakai oleh wanita kini boleh dipakai oleh lelaki, cuma reka bentuk dan padanan kena lah betul.


Misalnya, beg tangan, clutch, baju v-neck, pareo pants dan macam-macam lagi akan ada beza antara lelaki dan wanita punya dan ada juga yang unisex.

Tapi, dilihat lelaki yang dikenali sebagai Saufi Ramli ini jadi trendsetter dimana baju jenis crop top yang khusus untuk wanita kini boleh digayakan oleh lelaki.

 

Kalau gaya lembut, nampak macam perempuan.

Video itu tular di TikTok dan meraih lebih 30K jumlah tontonan sepanjang 2 hari ia dimuat naik. Umumnya baju jenis crop top ini adalah baju yang akan senteng di bahagian hadapan sampai nampak perut, namun menerusi mStar Online, lelaki berusia 27 tahun itu mengatakan bahawa ideanya tercetus untuk mengenakan fesyen itu menerusi satu episod dalam drama bersiri popular Stranger Things.

“Ada seorang pelakon tu, dia macam ekstra je, tapi dia nampak menonjol apabila pakai crop top. Kebetulan baru-baru ini saya berjalan dan nampak ada crop top di butik H&M, harganya pun berpatutan. Saya fikir mungkin boleh gayakan dengan baju turtle neck dan sebagainya.”

@saufi_ramli5

Ramai sangat lelaki nak pakai croptop zaman now tapi takut nampak terlalu perempuan. Kalau pandai gaya okay ja. Ada yang nak try? #fyp #fashion

♬ Turkish March (Main) – Intermede Music

Memandangkan fesyen ini untuk wanita, pasti akan ada yang pelik nak pakai dan anggap terlalu menjerumus kearah wanita. Namun begitu, bagi Saufi, ia bergantung dengan padanan dan cara pembawakan.

“Saya rasa kalau pembawakan kita macam lelaki, pakai crop top pun masih nampak macam lelaki. Pembawakan diri itu penting. Kalau gaya kita macam lembut-lembut, mungkin pemakai automatik akan nampak macam perempuan.”

Katanya, perkongsian yang dibuat di TikTok itu, ramai yang memberikan komen ke arah positif. Bagaimanapun, ada netizen mengatakan bahawa badan besar memang tak cantik pakai crop top.

Screenshot 2022 06 06 103244

“Ada juga yang cakap, kalau pakai crop top pergi ke kedai mamak, itu memang sengaja meminta sebakul makian. Pada sata, fesyen crop top perlu disesuaikan ikut situasi dan acara.”

Dilihat dalam video TikTok miliknya, Saufi membuat perkongsian berkaitan dengan fesyen. Katanya, bukan sahaja memberikan panduan, dia juga mahu berikan inspirasi kepada orang di luar sana untuk mencari identiti sendiri untuk berfesyen.

Screenshot 2022 06 06 103358

“Saya minat fesyen selepas bekerja dalam bidang retail bermula 2017. Saya bekerja di Uniqlo dan H&M. Ketika bekerja, saya banyak belajar mengenai penggayaan, mix & match dan sebagainya.”

“Pada saya, fesyen ini perlu ada identiti. Jangan ikut orang, sebaliknya idolakan diri sendiri. Kita hanya boleh ambil gaya orang lain sebagai rujukan sahaja, selebihnya kita try & error sendiri.”

Baca : “Dah macam sister” – [VIDEO] Buat ‘Trend’ Chanel, Netizen Pertikai Fesyen Aina Abdul

Fesyen Aina Abdul Dikritik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.