in

“Berebut teman lelaki” – Polis Kelantan Tahan Sekumpulan Remaja Belasah Seorang Gadis Dalam Video Tular

collage 6

Minggu lepas, tular video seorang remaja perempuan dibelasah teruk oleh sekumpulan gadis. Dalam video tersebut dapat dilihat mangsa tak melawan dan hanya membenarkan ketiga-tiga gadis lain menendang dan menolak kepalanya berkali-kali.

Ekoran dari ini, pihak polis telah pun menahan seramai 10 individu yang terlibat dalam video tular tersebut berusia dari 14 hingga 17 tahun ketika mereka tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah kelmarin, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Zainuddin Md Yusuf, enam remaja perempuan dan empat lelaki telah menyerah diri selepas hebahan mengenai mereka dibuat.

sabarwe 1

Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil.

“Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki.”

Tambah Zainuddin lagi, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan merusuh.

Gara-gara cinta monyet sampai nak belasah orang, kan dah tak pasal-pasal.

 

Baca: “Jangan buat bini puok2 ni” – Viral Video Tiga Gadis Pukul Seorang Perempuan, Netizen Bengang Nak Cari Untuk Beri Pengajaran

Screenshot 2021 04 05 at 4.16.51 PM